Bekal sy banyak rahsia..

Senyum sy masa menaip hari ni.. sbb ramai betul yg teruja nak tau pasal makanan sy ni. Meskipun nampaknya sekadar ulaman mentah dn lauk pauk makanan gaya org yg miskin tp menyimpan Rahsia yg sgt mewah..

Salam ukhuwah dn sy menulis sambil menyampaikan rasa kasih sayang sy pd semua pembaca blog sy. Mudahan jalinan keakraban sy dgn anda semua semakin mendalam. Kerana matlamat hidup sy ialah memberikan kasih sayang kepada semua yg mengenali sy meskipun dikejauhan..

Apa pun mohon maaf kiranya tulsian dn ilmu sy tu x cukup bagus pd anda semua. Malu tp mau begitulah sy yg kurang ilmu tp hati sibuk nak juga bercerita.. Prinsip hidup dn makanan sy ialah “Makan dn pakai apa yg kita suka untuk sihat, bukan makan dn pakai demi gaya.” Kalau nak mementingkan gaya mutu dn keunggulan mmg stress sbb x terkejar.

Jika ke luar negara sy bawa bekal ikan masin yg digoreng Di M’sia. Sampai ke negara orang dipanaskan kembali utk mengembalikan keenakan dan rasanya.. Mesti ada yg tanya “kan ikan masin punca sakit darah tinggi.. x elok makan masin”..

Betul lah tu..!! Tp sy merendamkan ikan masin tersebut dlm 3 jam dengan kentang atau tisu putih (jgn surat kabar ada toksin bahaya). Untuk tujuan menyedut lebihan garam pd ikan tersebut. Rasanya sgt mild masin pd ikan (hilang masin dgn goreng pun ada teknik. Dia akan ranggup.) Sy pula niat makan ikan masin sebagai buat bahan perasa supaya ada “test” of melayu pd setiap suapan.. Bila keluar negara mmg sy akan stress kalau x masak sendiri..!!

Hari ni perkongsian sy ttg bekal makanan sy ke ofc, beginilah rutin sy setiap hari berbekal dgn menu berbeza2 setiap hari. Setiap makanan sy ada unsur kesihatan dn menafaat untuk badan.

Sahabat ku,

Setiap detik masa sgt berharga sehingga makanan sy pun ada slogan “Hidup untuk dinikmati bukan untuk diratapi”.. Sbb tu sy nak sihat dn gembira. Jimat, selamat, sedap dn terjaga kebersihannya, berkualiti malahan sempurna bagi diet sy.. (sumber rezeki mesti berkat dn halal itu paling wajib)..

21510_772000619570724_7238716751876836972_nAlkisahnya..

Hari ni bekal sy, ikan selar goreng.. sedikit sambal, labu air dn kobis mentah.. Sy makan diet sihat tp tetap makan nasi. Sebagai syarat kabohidrat utk tenaga dengan kuantiti yg munasabah.. x over kabohidrat sbb sy juga nak juga jamah roti dalam sehari.. (nikmat dunia dibuang semua)

Kenapa sy memilih labu air dn kubis.. Jom baca apa khasiatnya si Labu Air, meskipun harganya RM1.80 sekilo…

1: Mencegah kanser

2: Kolesterol rendah

3: Melindungi dri penyakit kencing manis

4: Menjaga kesihatan jantung keseluruhannya

5: Menguruskan badan

6: Menjaga kejernihan & kesihatan mata

7: Tulang kuat & maksimakan tenaga

8: Kesihatan lebih baik dgn tindak balas sistem imun.

9: Merawat rekahan kulit

10 : Menyejukan badan

11: Bagus untuk penghadaman dn sembelit

12: Buang gas berlebihan dalam badan

13: Bagi oksigen cukup dalam badam

14: mengawal suhu badan

15: Bagus rawat kanser

16 : Bagus untuk anemia

Perhatian : Orang dalam pantang x boleh makan selagi x bayi 6 bulan. Ia sgt sejuk. Boleh bentan, kancing gigi, mengigil dn menyebabkan kentut vagina juga ni..

Kobis

Allah maha hebat mencipta sesuatu utk kita makhluk dn hambanya. Badan kita ni sebenarnya berperang setiap hari “macam askar dgn musuh”.. Setiap hari kita menyedut dn memakan bahan berbahaya.

Dgn Rahman dan Rahim Allah pd kita ni diciptakannya organ2 bersama2 fungsinya dn makanan2 yg menguatkan ketahanan badan kita. Supaya x lemah diserang penyakit dn udara yg kita sedut setiap hari. MasyaAllah itupun kita x tau bersyukur dn x  mahu taat padanya (terutamanya sy ni lah).

Kobis ni apa saja jenis kobis panjang atau pendek ia sgt bermenafaat membina hormon. Kalau org berusia atau nak menapos elok sgt makan semua jenis sayuran yg berlapis2 ni sbb inilah yg mengalakan hormon..!!

Mencantikan kulit, dan membawa badan kpd sistem imun yang cukup kuat untuk melawan penyakit. Jom baca 6 Faedah Kobis:

  1. Menguruskan badan
  2. Makan super untuk “makanan otak”
  3. Mengelakkan kerosakan saraf
  4. Org banyak jerawat elok makan kobis.
  5. Rawat rambut supaya sihat, kuku, dan kulit. (sbb unsur hormon)
  6. Buang toksin

Perhatian : Kobis ni org gout x tahan sbb ia ada bahan protin dalamnya.. Dalam pantang boleh makan sebagai ulam. Seeloknya lepas 10 hari bukan lepas bersalin ya..!!.

Sekian untuk hari ni.. Minggu ni sy banyak lapang sy akan update blog agak banyak.

Comments

  1. says

    Assalamualaikum puan
    Nk tnya, kobis ni sy pun suka wat ulam
    Tp pnh bca, kobis myebabkan keputihan. Sejak tu,sy stop mkn kobis
    Betul ke ia myebabkan keputihan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *