Chilled Oreo Cheese Cake…

Perhatian:

Sebelum buat kek ni wajib baca dan fahamkan stepnya dulu..Relax jgn kelam kabut, mesti ada sorang bantu kacau , sementara anda melakukan step seterusnya..

Sediakan awal untuk oreo di bahagikan  kepada 3 bahagian utk mudahkan kerja ..

1: Sederhana utk asas kek : 200gm (step 1)

2: Sedang kasar utk hiasan inti cheese : 40 gm ( step 5)

3: Paling halus utk hiasan : 100gm ( step 6)

Step yg sy bagi ni amat mudah difahami dan Insyallah akan jadi nanti jika anda membuatnya..Sy tulis macam ni sbb sy dah selalu buat, saya yakin mudah untuk anda paham ..!!Sy sekali buat sampai 4 biji kek oreo ni utk meraikan tetamu..Semua orang sgt suka oreo chese kek..Kek ni tahan lama sgt kosnya dalam RM30 jee.!!..Mudah nak buatnya..Cuba ya..jimat duit x payah pergi secret resepi. .Ranggup oreo yg tu masih kekal di rasa walaupun masuk peti sejuk.

Step 1: Asas bawah kek 10728667_604347856355294_2051473548_n

10581539_604347839688629_674701823_n10733603_604347836355296_1964305329_n

  • 200gm Oreo biskut ( buang intinya) Hancurkan sederhana halus dgn batu tumbuk. . ketepikan ha ha ha..
  • 120 gm mentega cairkan bersama 1 sudu besar gula perang. (bekas lain)

10744728_604346619688751_214465512_n

  • Bila dah siap semua gaul rata bahan step 1 ni..dan tekan dalam loyang bulat 9 in
    10743516_604347829688630_106587812_n

    Loyang yg sudah di sapu majrin (asas pertama)..

    mesti ada lobang macam ni tau loyangnya..sebab nak buka nanti masa potong senang.Ketepi sekejap dan buat step 2 pula..

Step 2 : Inti cheese

  1. 2 biji kuning telor gred A
  2. 150 gm susu segar
  3. 150 gm gula castor
  4. 250 gm cream cheese

Kalau sy pakai dapur letrik lebih mudah.

  • 10728968_604347819688631_1840795855_nMasukan semua bahan dalam satu bekas alumanium atau periuk dan masak dengan api sederhana…Sampai gula larut. Kacau jgn berhenti tau..!!
  • Kalau sy dalam 30 min gak kacau sebab cream cheese ni bergentel.. minta bantu sesapa bantu kacau..Kacau sebati sampai larut semuanya.. Sementara tu anda siapkan lah step ke 3 ni..

 Step 3 :

  • 2 sudu besar gelatin serbuk
  • 70 ml air 2 sudu besar lemon

10736204_604347809688632_2139115150_n

  • Ha part step 3 ni paling penting..Kalau salah part ni kek x keras tau..!!
  • Caranya gaul rata gelatin dgn air , kacau laju dan seterusnya masukan lemon terus tuang dekat bahan step 2 ( Yang sedang dikacau tadi)..

Step 4 :300 gm whipping cream

INGAT YA..STEP KE2 MASIH KEKAL DIKACAU , walaupun step ke3 dah selesai..Siapkan step ke4 pula dengan memutar whipping cream dengan mesin tangan, buat sampai gebu.

Step 5 : 40gm oreo .(Buang intinya) hancurkan kasar2..

10744543_604347753021971_601424630_n

  • 10743257_604347749688638_683921120_nAngkat step ke2 yg dikacau atas api sederhana tadi gaul kan ( dgn bahan step ke 5) oreo yg dihancurkan separuh kasar..

10735919_604347746355305_1323986098_nTuangkan adunan dalam loyang yg sudah disapu majerin (Loyang  asas pertama)..

10735643_604347719688641_232614398_n

Lepas tu masukan dalam peti beku selama 30 atau 40 minit.

 

  • Step 6 :
  • 100gm Oreo Biskut ( buang intinya) Tumbuk sampai betul2 hancur dgn batu tumbuk , sebagai hiasan atas kek..
  • 954591_604347713021975_1379725242_n
  • 10743393_604347706355309_1839548129_n

    oreo yang sudah siap ditabur.. (untuk masuk di chiller)

    Keluarkan kek dari peti beku..Bila kek agak kental dan sedikit mula
    mengeras..taburkan serbuk oreo. BILA DAH RATA..tekan2 lembut dgn hujung jari..

 

Last step : Nota penting..

  • Biarkan selama 6 jam minima baru boleh potong , kalau sy semalaman baru sy potong.
  • Masa nak potong tu, longgarkan tepi kek dengan menekan pisau supaya senang nak keluarkan dari loyang kek..
  • Masa potong kek, kena tekan kuat2 pisau sampai boleh rasa yg asas kek dah terpotong sekali..kalau tidak nanti inti chese x melekat (terpisah dgn asas kek) ..
Kek di keluarkan dari loyang ready untuk potong..

Kek di keluarkan dari loyang ready untuk potong..

10726661_604347696355310_165778641_n
Kalau dah buat nanti tag kat fb sy yer..kongsilah pengalaman kek ni dgn sy pulak..upah sy taip saya minta tolong jomm kita bersalawat dan salam kepada Rasulullah SAW.. assalamualaika ya rasullah, assalammuaka ya habbibullah..

Selamat mencuba..

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *