Dugaan Noor Aini: Part 8 : Baring lapik daun pisang hilangkan stress…

Sambung part 8, 

Disana Kechau Satu seawal setahun tu..dari awal pindah sehingga lepas bersalin anak yg ke3 tu mmg sy x nampak peluang bagaimana caranya mencari rezeki disana..

Sy buntu fikir tapi wajib kena buat sesuatu buat tambahan keperluan hidup kami…!!

x terfikir pun nak kaya… Sy hanya nak anak makan dan boleh kesekolah nanti…Itu je sy nak buat.. Keliling hutan dan peneroka disitu hanya hampir 80 orang sj.. Bukan bandar yg banyak peluang pekerjaan.. Boleh gak sy jual nasi lemak ke.. Sy pula x da kepandaian/Kemahiran apa2 langsung.. Sy tau azab baru akan tiba..!!! lebih derita dari sebelumnya…

Sy xda tenaga dan kemahiran kena siapkan mental utk hadapi tekanan baru Pulak… Mengandung..Bersalin..Anak sakit..Miskin.. Sy xda duit..Xda sape nak di harapkan..

Sy pesan hari2 kat otak sy.. Jangan harap perkara indah2.. Jangan nak mengidam… Fikir anak yg sy kandung supaya.. Anak dalam perut ni jangan cacat akibat  kurang zat atau stress..!! Cukuplah Ani sorang sy dah buat.. Xkan sy nak buat  macam sy x suka mengandung Ani.. Terfikir juga ntah2 Allah murka sy, sebab tu Ani sawan dan lumpuh…!! Huiiihhhh beringatlah, cukup cukuplah Ani dan dosa sy pada Ani… Mana tau dapat anak lelaki dan anak ni buka pintu rezeki kami.. Sbb janji Allah setiap manusia dilahirkan telahpun ditetapkan takdir dan rezekinya.. Allah x tipu. Semuanya benar.. (gitu lah sy pujuk diri sendiri)..

Sy menulis saat ini dlm hati yg sesak dgn sebak, ada juga menitik (× tertahan dah) Sebelum meneruskan coretan Dugaan Noor Aini utk part seterusnya.. Sy Terkenang pergorbanan jiwa sy utk membawa anak ini ke dunia… Anak x rasa apa sy lalui.!!

Morning sickness bermula sgt teruk dalam minggu tu.. Sy muntah2 dan x boleh makan.. Rupanya mengandung x cukup zat badan kita akan panas dan terasa sangat kering.. Rasa x tahan sangat laparnya masa tu dan panas sekali.. (Sy x boleh nak telan makanan, makan muntah dan sy x da pilihan nak makan lain2).. Sy mencari ikhtiar memujuk2 badan ni supaya x stress..Yg peliknya nama je berjiran duduk di felda kan macam kampung.. X pernah ada yg peduli.. Jauh sekali sedekah (mybe mereka pun susah)..

Sy ikat rambut Yati dan mengemaskan Ani lepas mandi… Dalam hati berkata “Masa kecik xdapat anak patung.. rupanya dapat anak sendiri.” …Susah rupanya ada anak… Sy dalam lemah tu mengagahkan diri mencari pucuk kacang. Sy buat sup sayur daun kacang panjang dgn ubi rebus cicah sambal cili api.. Itulah sarapan itulah lunch…

Sy x lupa ayat ni masa saat awal mengandung ke3 tu..”Yati tunggu Ani jap.. Mak nak ambik daun pisang.. Kita main pondok2 kat bawah rumah… Nak x  T“..Yati angguk 2 je… Masih sibuk bermain dan memerhatikan Ani yg telentang… Setelah sy dapat daun pisang 3 pelepah… Sy seret ke bawah rumah… Dan bawa tikar plastik… Sy baring atas daun pisang berkain batik lembab dan Ani sy baringkan sebelah sy di atas tikar plastik… Yati leka dgn mainan.. Begitulah rutin setiap hari sampai 5 bulan kandungan…

Sepanjang mabuk tu ada 1 permintaan sy pada ex suami..

Sy:  Sy nak sgt makan anggur… Dapatkan sikit pun jadilah..

Ex: Mana nak cari, jauh ke lipis tu.. Mana ada duit..

Sy: Kalau x dapat anggur sy minta mangga masak.. Sy tengok kat rumah org kampung tu ada banyak buahnya.. Minta kan sebiji utk sy mesti mereka bagi kalau mereka tahu saya mengidam..

Ex : Sy x nak minta… Malu lah..

Sy: Kalau malu minta, beli lah, x kan sebiji awak x boleh nak ikhtiarkan.. Sy lapar.. Sy berhajat sgt.. Tolong lah..

Senyap je dia… Sampai bersalin pun x dapat sy nak makan.. Buat apa pun x… Sy x ulang dah..Dah xdapat sudahlah.. Anak penghibur dia kawan baik sy.. Sy xda kawan..xda sape sy bergantung sayang dan sakit.. Sy berusaha dan  pastikan anak2 akan bersama sy sampai sy mati ..(rupanya itu rancangan sy bukan takdir Allah utk sy.. Anak berubah dan sy pun kena berubah juga…)

Scroll….

IKTIBAR DARI PENGALAMAN TU  Sy sedar beberapa perkara :

  • Jangan berangan2 mengharap perkara yg indah2 dlm kehidupan (Jangan letakan dunia sebagai angan2).. Kalau x dapat jiwa sakit..
  • Hidup x boleh dijangka dan jangan bergantung dgn usaha org lain utk kita hidup berjaya.!!
  • Nak duit lebih kena cari sendiri.. Suami x pasti dan x mampu memberikan kecukupan dalam semua perkara utk hidup kat dunia dan akhirat..
  • Ketepikan rasa nak bahagia sebagai isteri.. Sy nak sy sendiri bahagia dengan apa yang saya ada.. Sy kena tolong diri sendiri.. Suami bukan jaminan utk bahagia/ selamat..
  • Sy yg wajib berubah utk mencukupi keperluan sy dgn anak…

JELAS..TEGAS SEKALI SY MENGEJAR MATLAMAT HIDUP…!! Meskipun hidup bersama sebagai suami isteri.. Dalam hati sy hanya kejar haluan sendiri… Sy mahu identiti hidup sy lebih jelas.. Siapa sebenarnya Rozita Ibrahim..!!..

Disini sy mulai faham apa itu erti pentingkan masa depan sy sendiri bukan bergantung kepada perkahwinan seperti fahaman keluarga sy ketika itu “Kahwin akan selamatkan masa depan wanita”… Wow wwww ..AMAT SALAH SALAH SALAH..!!

Pengalaman mengajar sy bahawa perkahwinan adalah risiko paling besar..”Penderaan mental dan fizikal, tiada kepercayaan dan keyakinan …tak ada nilai kasih sayang..tak rasa tanggungjawab.. Bimbingan ilmu.. Sifat pendidik.. Pelindung keluarga..” ..JIWA KOSONG..HAMPA.. Ini yg akan meracuni dan virus yg membunuh jiwa sy wanita yg lemah. .!!

Kesimpulannya  duit dan kerja penting utk masa depan sy..!! Sy kena ada ilmu dan semangat supaya seimbang perjalanan sy sebagai wanita yg dah ada anak.. (ini sy  terapkan pada anak perempuan sy) …

Antara lain sy rasakan amat susah nak meminta2 dgn suami.. Kalau yg reti bahasa tau hukum, komited dlm perkahwinan bagi nafkah cukup.. Mmg selesa lah kawin.. Ni kalau jenis suami yg x nak bagi duit dan mengungkit2 pemberiannya, apa cerita..??..

Antara lain dalam rumahtangga sebarang kemungkinan akan berlaku  seperti.. Suami penipu, pencuri, malas kerja, baran maki hamun, kaki pukul,  kaki judi, kaki betina dan SUAMI KU ENCIK SOTONG… ha ha ha.. Mat pet lah.. Gay lahh.. Sebb tu wanita kena kuat pegang ekonomi dan bersemangat. .

Insyaallah minggu depan sy  tulis lagi Dugaan Noor Aini…

Part 9 :  Minta kain buruk rumah jiran nak sambut anak..

Part 10: Bersalin sendiri , hajat hati biar mati masa bersalin..

Comments

  1. syasya says

    sya setiap hri tggu certa puan… bnyk btl dugaan puan.sy pun ibu muda ada ank dua.bercerai…sbb ex x blh hrap…crta puan bte sya tbah dan berusaha nk yg terbk…untk ank.sy plk kwin muda..nsb la mak ayh sy msh ad blh tgk ank.dan sy nkkeja…peritnya hdup puan…sy dapt semgat dr crta puan
    wanuta harus bagun..jgn nk harapkn lelaki semata..sy akn tggu lg crta puan.dn sy amt mint dgn prodk puan.dn sy telah makn..prodk puan terbukti berkesan dgn inzin ALLAH ..hrap puan dpt keluarkn bnyk lg prodak..

    • says

      Assallamualaikum puan hamiza yg dikasihi Allah..yg sy hormati
      sekali lagi sy sampai kan rasa sayang sy pada puan…
      dalam kesakitan tu Allah simpan ilmu..pahala…utk benteng akan datang dan dunia akhirat. .pikir gitubje dah damai,, masa hati gelisah cari kawan2 yg atau bacaan yg baik2 boleh motivasi diri..dapat pahala..dapat jawaban disebalik keresahan

  2. says

    Bukan calang2 orang dapat melalui apa yang telah Puan lalui ini…

    Kerana itulah akhirnya Allah beri apa yang Puan ada hari ini atas usaha dan cekal hati Puan sendiri…

  3. Siti Zaleha Ibrahim says

    Mcmna sampai blh terlintas nk mkn buah “org kaya” (anggur) masa tu Puan? Kok mangga blh tahan lg. (Amboi demand lebih npk..) he..he

    *sbnrnya part mkn2 ni sgt sensitive bg saya (mata masuk habuk)

  4. Nor Asikin Daud says

    Keinsafan datang kepada saya setiap kali membaca coretan puan. Benar, hidup ini tidak perlu bergantung sangat pada orang lain, pergantunngan hanya kepada Allah sebenarnya. Teruskan cerita puan, saya sentiasa menunggu part seterusnya..

  5. luna says

    Kisah puan sgt memberi inspirasi,sy pun dulu pernah lalui hidup susah,ayah kerja buruh kapal korek,mak x kerja,sy nmpk mcm mana mak ayah bersusah besarkan kami.mkn mewah (ayam) sebulan sekali,mak ada jual kuih dan nasi lemak buat membantu kewangan keluarga.tapi kisah puan lebih getir,gaya cerita puan yg jujur sehingga sy rasa dpt membayang dan merasa dgn jelas apa yg berlaku.Alhamdulillah awan mendung telah berlalu,sy doakan cahaya mentari,rezeki yg murah dan Allah rahmati puan sekeluarga hingga akhirnya.terima kasih berkongsi cerita yg hebat ini.

    • says

      Cik lUna..sama2 kasih..Jika dicerita kemewahan ..itu bukan asalnya sy..Sy ada hari ni pun asal sejarah penoreh getah,.Dlm kesakitan ada selit banyak pengajaran…sy nak anak bangsa sy khasnya muslim..bangun bina semangat tu..jgn sombong dn malas ..kalau malas sombong jahanam akhirnya kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *