Jasa Ibu bapa sepanjang zaman..

Panglipulara.. he he.. Sy nak berkisah hari ni myb gambar ni x menarik.. tp sy tertarik..

Kisahnya wanita ni pencen bank pertanian.. Suaminya perhilitan.. Rumahnya yg kecil usang berusia 150 tahun.. Dikelilingi dusun pokok2 di rumahnya berusia 150 tahun.

Landskap rumahnya terlalu cantik dgn keindahan pokok2 buahan dn air sungai.. Kawasan rumahnya x jauh dri Genting Highland.. Anak2 Lim Goh Tong & Cina Singapore pernah menawarkan nak beli tanah yg didiaminya tu..

Siap bawa cash dalam 2 juta RM.. Mereka nak buat resort dalam dusun.. Sy yg sukakan Landskap dusun rumahnya setiap kali lalu sy akan perlahankan kereta kerana suka melihat ketenangan alam yg teramat cantik..

Apa yg menarik hati sy dlm perbualan kami..

1: Acik rumah di Cheras perabut penuh. Acik senang di sini damai dan kami habiskan usia di sini tempat sy dilahirkan dn membesar.

2: Acik x suka duduk KL sesak.. Cukuplah zaman muda acik kerja di KL cari duit bagi makan anak2..

3: Acik balik sini jaga harta pusaka. Arwah ayah pesan jgn jual tanah2 ni.. Ayah bawa benih semua jenis buahan pokok2 ni dri Indonesia.

4: Ayah acik teramat rajin malam 2 meracun walaupun xda letrik.. Dia x pernah buang masa dlm hidupnya.. Setiap tanah ni Acik bayangkan peluhnya jatuh kata sini..

5: Sebelum dia sakit macam dia tahu yg dia nak pergi.. Dia tanam semua cangkul dn alat dia bertani tu dekat laman rumah ni..

6: Seminggu yg lepas cucu acik balik kampung bertanam pisang kat keliling rumah ni tercangkul dn jumpa balik peralatan tani ayah acik.. Bayangkan alat dia tu pun dia sayang sanggup dia tanam.. Sbb dia tahu xada org yg akan sanggup bertani buka hutan lagi lepas ni.. Pengorbanan ayah ni besar sungguh jasa dn Acik pegang amanahnya..

Sy x ambik gambar dari jauh pemandangan dusunnya kerana pokok2nya terlalu tinggi dn sgt rendang.. Sayup. tinggi sangat.. Hanya gambar pangkin dn rumahnya saja.. Ayahnya berbangsa Mandailing (macam N9)

Sy x ambik gambar dari jauh pemandangan dusunnya kerana pokok2nya terlalu tinggi dn sgt rendang.. Sayup. tinggi sangat.. Hanya gambar pangkin dn rumahnya saja.. Ayahnya berbangsa Mandailing (macam N9)

7: Rajinnya dia buka hutan ada berpuluh ekar tanah kat sini.. Sekali musim buah duitnya kami boleh buat makan setahun x payah kerja..

8: Kami x heran duit banyak mana pun org nak beli tanah ni.. Acik jaga amanah ayah acik jgn jual demi anak cucu keturunan ayah akan dtg.. Sayangnya dia dgn kami..

9: Cina kagum dgn tanah ni.. dgn acik pun Cina hormat sbb Acik x tamak tengok duit.. Kami banyak tanah dan x heran dgn duit yg banyak ditawarkan.. Itu pusaka keturunan kami..!!

10: Ayah perjuangan masa.. tenaga utk kami.. Zaman jepun dulu org kelaparan ayah acik banyak tanah dn rajinnya tu boleh dia sedekahkan hasil kerjanya sehingga.. buahan.. padi.. binatang macam ayam, itik, telur, kambing, lembu bantu org2 kampung..

11: Dia tebang hutan buat wakaf tanah kubur org kampung.. DIA BERSEMADI DGN BANYAK KEBAIKAN PD KETURUNANNYA PD ORG KAMPUNG KERANA RAJINNYA TU LAH..

12: Sedekah jariahnya luas sehingga memberikan menafaat yg banyak utk dikenang..

13: Kalau musim rebung.. musim raya bakar lemang.. musim buah.. bukan setakat berjual.. Hasil2 kebun dimakan oleh monyet2.. babi hutan.. landak.. org asli.. penagih dadah.. pencuri sgt banyak..

14: Tanah kebun yg sgt banyak kami x terjaga mana sempat jer yg kami boleh kutip..

Moral story ini hidup x semestinya kaya duit dn berumah besar baru gembira.. Acik ni sgt kaya tanahnya bernilai berjuta2 tp dia masih hidup sederhana..

Dia bersenang2 dgn duit pencennya dn menikmati usia yg ada ditanah kelahirannya.. Tanpa memikirkan kesibukan dunia moden..

Dia ada rumah mewah di CHERAS.. DUIT PENCEN YG BANYAK.. TP MEMILIH HIDUP DGN ALAM SEMULAJDI..

Mendengar kisah arwah ayahnya yg menafaatkan masa sihat dn tenaganya kpd bumi dgn menjaga masa..

Apa yg dibuatnya dulu kembali pd semula pdnya iaitu pahala sedekah yg berpanjangan..

Perbuatan kita yg lalu dinyatakan dlm kenangan org yg hidup dn sejarah yg pernah dibuat disebutkan sebagai kebaikan masa hidupnya..

Org rajin.. org baik.. isi bumi saksinya.. Makhluk langit mendoakan kebaikannya..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *