Kerja sini, beli tanah balik India..

Assallamualaikum. Selamat hari isnin..Hari memulakan kerja..

Sy nak tulis hari ni pasal India ni…!! Masa sy beli kerepek pada minggu lepas.. Sy suka dengar cerita dia.. Dah macam wartawan pulak sy ni.. Dari perbualan singkat tu sy mempelajari sejarah hidupnya dan mengambil iktibar darinya..

Sebelum anda scroll lagi utk baca tulisan sy ni ttg India ni… Sy terfikir apa sy nak up date hari… Kisah hangat gosip2 sy mmg xda… Sbb sy x suka baca gosip2 artis dan benda merapu. Rugi sgt buang masa dan biarkan kepala lekat pekara merapu..

Yg hanya boleh sy tuliskan hanyalah diari hidup sy dgn sedikit moral of the  story.. Supaya  kita semua boleh fikir sama2 utk menjadi lebih baik ..

Kata kawan sy cina “Rozita ..I learn something today..i share with u this word…u buang masa sy u bunuh sy…kalau u buang masa sendiri u killed ur self maa...”..(Sy diam je.. Sy faham kebanyakan org berjiwa besar suka slogan utk berjaya)

Maaf yer seadanya ini jer sy mampu menulis.. Tak pandai sy x nak menghebat2.. Bermewah2..ayat yg besar2 utk meramaikan visitors .. Sy tak nak merosakan minda anak bangsa sy.!!..

Kisahnya ….

Saya dah lama duduk dikawasan bandar Ditepi kota Kuala Lumpur.. Sy suka bandar ni kerana dekat suasana kampung, dekat ofc sy dan banyak bank, kedai borong murah2.. Setiap hari laluan sy mencari bahan dapur,  ke bank atau ke ofc selama hampir 11 tahun seingat sy India ni kekal di lokasinya menjual kerepek.. Hujan ribut apa musim pun dia x cuti. ( Berniaga dikaki lima depan restoran Cina).. Antara perbualan kami :

10746923_607839712672775_185795721_o

Sy : Sekarang semua org niaga slow sgt  sbb org takut belanja ..minyak dan gst punya pasal..U jual kerepek x rasa sgt kan sebb barang u murah.. ( Selama ni sy ingat dia India Malaysia)

India : Ada juga korang sikit. Tapi apa mau buat mau cari makan.. anak isteri soma mau makan..Ini yg sy boleh buat..

Sy : Ohh yer la..u sgt lama niaga sini..U ada lesen ke..MBSA x kacau ke.. U sewa sama tokeh cina restaurant ke..

India : MBSA sgt kuat kacau, Sy mau bayar apa akak..ni kecik saja , sy lari MBSA dtg…Sy sudah 20 tahun sini org sudah kenal sy..Xda sewa sama cina..Dia kasi sy niaga sini tepi jalan aka..bukan dalam kedai dia.. Apa mau bayar. .!!

Sy : U x pernah cuti langsung sy tengok?? (baru sy tau di rakyat India lepas sy tanya ni.. )

India : Cuti juga akak ..Sy balik India sebulan..Setahun sekali mesti balik India.
atau anak isteri sy mari sini ..Baru sy cuti lahh ..Kalau sakit sikit2 sy kerja juga..Apa mau bikin duduk romah..Rugi tara kerja.

Sy: Ohhhh..Umur u berapa..isteri kat india kerja apa..Anak berapa..Tak rugi ke habiskan usia duduk Malaysia dan tinggalkan family. .

( Terlopong sy..Banyak duit tu naik kapal terbang balik India, tambangkan anak isteri dtg sini…Banyak ni income dia..!! lagi banyak sy nak soal.. Bertubi2 soalan cepu mas sy nak tau, Semangat betul India ni cari rezeki demi matlamat dia.. )

India : Sy 40 aka…Anak ada 2 org..Besar sudah kolej ..kici 14 tahun..Isteri sy kerja cikgu..Mana ada rugi duduk sini aka..kerja senang..wang senang ..Sy kirim India dapat beli tanah banyak ..lembu..Sy tua nanti senang..Sy mau balik juga..Tapi bukan sekarang, tunggu sikit lagi..

Sy : Berapa pendapatan u sebulan bersih..?? Ada kawin lagi sini ke  ..Macam mana urus masa, sewa rumah kat mana..berapa sewa rumah u..??

(Tahannya dia selama 20 tahun hidup sendiri dan jauh dgn keluarga..Semata2 kerja dan simpan duit nak buat hari tua dia..)

INDIA: Apa mau kawin lagi akak…Cukup 1 akak sy x mau masalah..!! Sy mau cari wang sini,bukan mau cari seronok cari bini.. Sy sewa rumah RM 300 sj..Moto sebiji beli cash..Malam sy buat maruku…Isteri ajar sy buat..1 BULAN BERSIH 6,000.. ADA LEBIH ADA JUGA SIKIT KURANG..

Apa yg sy pelajari dari dia ialah :

  • Mengunakan kemahiran dgn baik
  • Tekun kerja dan kenal wawasan
  • Dia fikir tua nak senang..Susah masa muda x mengapa
  • Berjauhan dgn family tapi masih setia
  • Bijak mengurangkan masalah dan risiko
  • Sabar mengawal emosi diri dan nafsu..
  • Sakit dan Mbsa bukan masalah
  • Hanya fikir wawasan dan rugi buang masa..

Comments

  1. says

    Kisah ini lebihkurang sama dengan kisah ‘Aman’ yang kakcik ceritakan di blog kakcik beberapa minggu lepas. Bezanya, Aman dapat buka restoran dengan sewa RM8, 000.00 sebulan dan berkahwin dengan wanita tempatan walaupun ada isteri dan 3 anak di Pakistan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *