Khasiat Bawang Putih

4Assalamualaikum..Cuti sekolah panjang ibu bapa paling teruja dgn anak2 bawa bercuti x sama zaman sy dulu terperap dok kampung.. Beruntung sgt anak2 zaman sekarang kecik2 dh lihat dunia yg luas..

Pagi ni bonda nk bercerita ttg ▪▪▪Khasiat Bawang Putih ▪▪▪

Ia Penyedap masakan , 9 makanan terbaik didunia yg x ternilai banyaknya.. Nilai ubat-ubatan pelbagai jenis penyakit.. Antara lain jom baca apa kelebihannya

1. Mengatasi Masalah Jerawat
Tepek pd jerawat cepat kecut..

2. Menyembuhkan Penyakit Kulit
Rebus dgn api pelan bahan2nya Minyak kelapa bawang putih + kunyit ia mengurangi infeksi penyakit kulit. Lakukan secara rutin hasilnya kulit yang lebih sihat dan halus.

3. Mencegah Rambut Rosak
Ni caranya tp busuk.. Masak api pelan Minyak makan dgn bawang putih usap pd rambut.. Rambut sihat pun boleh lebat.

4. Mencegah Serta Mengubati Perut Kembung
Amalkan Bawang putih kukus atau panggang ia menghancurkan bakteria usus berbahaya dan membuatkan penghadaman menjadi lebih lancar.

5. Mencegah Kanser
Ubat org kuat merokok, caranya mengunyah bawang putih mentah untuk melindungi tubuh dan mencegah kanser…(sanggup ke he he pedar rasanya)

6. Mengatasi Diabetis
Elok merawat kencing manis kena makan 10 ulas setiap hari ..

7. Melancarkan Perjalanan Darah
Mengunyah bawang putih dapat membantu melancarkan perjalanan darah serta membuka pembuluh darah yang tersumbat.

8. Menghilangkan Gatal Akibat Kulat kaki
sifat bawang ni anti kulat.. Rendam kaki dalam bekas berisi air suam dan cincang
bawang putih tersebut..

Jika tulisan bonda ni bermenafaat sila “share utk diperpanjangkan ilmu”.,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *