Kisah – Wati terima bala semasa hidup, melacur pakai susuk

Wati 22 tahun, amat bertuah kerana hidupnya bukan setakat disayangi oleh suaminya. Kehidupannya yang serba mewah diberikan oleh suaminya yang sememangnya anak orang kaya. Semenjak lahirnya anak sulung mereka rezeki mereka semakin banyak dan bertambahlah rasa bahagia pada Wati. Dia sangat angkuh dengan tetangga, serta ibubapanya juga turut sombong kerana bangga dengan kekayaan suami Wati.

Malangnya, suami Wati meninggal akibat kemalangan. Wati hilang punca pendapatan selama setahun selepas kematian suaminya. Selepas kematian suaminya, Wati menjadi pelacur atas restu orang tuanya. Wati memberikan wang saraan anak dan kedua ibu bapanya dengan duit haram. Ia tetap menjadi kebanggaan bagi orang tuanya. Pesaingan sengit melacur selama 2 tahun menyebabkan Wati tidak senang hati kerana berebut pelanggan. Dia mencari bomoh untuk memasang susuk. Sejak mengambil susuk, Wati menajdi sangat laris dan kehidupan orang tuanya sangat mewah. Selepas 5 tahun melacur dan gembira dengan hasilnya membuatkan Wati semakin taksub memasang susuk lebih banyak pada tubuhnya.

Pada satu malam Wati terjatuh dari bilik mandi dan tak boleh bergerak. Dia dibawa ke hospital dan dirawat selama 2 minggu disana. Muka serta seluruh badannya mengandungi susuk membengkak dan mula berlubang. Segala macam ubat yang dimasukan tidak boleh masuk kedalam badan Wati. Sakitnya tiada perubahan sehingga hospital menyuruhnya pulang ke rumah.

Selepas seminggu berada di rumah, kudis yang berlubang dan membengkak itu pecah mengeluarkan bau yang amat busuk. Sementara itu orang tua Wati berusaha mencari bomoh yang telah memasukan susuk kedalam badan wati, untuk mengeluarkannya. Tapi bomoh itu sudah mati.

Merata tempat diusahakan lagi mencari bomoh, ustaz dan ulama demi mengubati Wati. Hampir 30 orang bomoh! Susuk tetap tak boleh dikeluarkan. Sehingga semua wang pemberian Wati habis dibelanjakan oleh orang tuanya untuk merawat Wati sehingga Bapa Ayam turut sama membantu kos perubatannya. Sekali lagi Wati ke hospital dirawat selama sebulan. Sudahlah menderita lumpuh dan sakitnya yang semakin parah, meracau kepanasan, menangis, badannya cuma tinggal kulit sangat kurus menanggung azab yang tidak ada perinya!

Banyak ustaz dan alim ulama yang cuba merawatnya juga tidak berhasil. Sementara azab didunia dilihat oleh masyarakat terhadap Wati, ada kejadian aneh lain iaitu Wati berjalan jalan dikuburan setiap malam dengan pakaian kafan sambil menangis, mana tempat aku! Sedangkan dia masih sakit di hospital. Air pun tidak boleh menembusi kerongkong Wati dan akhirnya Wati dibawa pulang kerumah.

Seksaan dunia akibat memakai susuk

sekadar gambar hiasan

Seorang ustaz muda datang membacakan doa keatas air dan memasukan kedalam mulut Wati, serta merta susuk terpelanting keluar semua susuk didalam badannya dan disaksikan oleh ramai orang! Wati meninggal selepas itu. Semasa memandaikan mayat, nanah, darah dan lendir yang sangat busuk keluar tanpa henti. Mayatnya juga lebam-lebam seperti dipukul. Semasa mengangkat jenazah kurus itu beratnya yang diluar jangkaan.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *