Masalah Wanita “breast besar” ..

jj2Lama dah rasanya tak update blog. Rindu pula nak sharing tips pada pembaca blog saya.. Hari ni sy nak share tentang payudara.. Ramai perempuan idamkan payudara besar. Memang boleh menjadi daya tarikan tersendiri bagi wanita. Kadang2 ada wanita yg berpayudara biasa ni rasa tergugat bila tengok wanita yg berpayudara besar. Cemburu sihat tu bagus.. Buatkan kita berusaha nak dapatkan yang terbaik..

Satu perkara yg tak diambil kira bg wanita yg ingin membesarkan payudara, mereka tak tahu memiliki payudara besar jugak banyak mendtgkan masalah tersendiri..

Seperti yang ditafsir oleh Huffington Post (15/10) yang menceritakan salah satu kisah wanita berpayudara besar. Berpayudara besar  membuat wanita rasa tak selesa, seolah mereka harus ‘membawa’ perkara yang cukup besar di bahagian depan badan..

Bagi wanita pemalu jika sejak kecik berbreast besar ada yg membongkokkan badan sehingga kekal postur badan bongkok utk sorok payudara yg besar.

Rasa tak selesa terutamanya masa tidur, meniarap atau melakukan aktiviti yang terlalu aktif seperti berlari atau melompat.

Kalau remaja perempuan pulak mempunyai payudara besar (yg semulajadi tau) mereka ni akan nampak lebih tua dari usianya. Yang lebih parah, ramai juga memberi tanggapan negatif hanya kerana seseorang berpayudara besar.

 

Selain perkara2 di atas, berikut adalah 9 masalah  lain yang dialami oleh wanita berpayudara besar.

  1. Kerap berpeluh di bahagian bawah payudara. (Ruam dan gatal berkepam)
  1. Susah mencari bra yang tepat dengan saiz sbb saiz cup yang terlalu besar. Kadang-kadang saiz cup tak ada yang muat sampai payudara tak sepenuhnya tertutup. Perlu keluarkan duit lebih sikit utk dapatkan saiz bra yg tepat (pakar bra dari kedai berjenama).
  1. Kesukaran mencari pakaian yang sesuai dengan bahagian atas badan. Pakaian yang terlalu ketat selalunya membuatkan payudara terlalu menonjol.
  1. Kurang berkeyakinan ketika ada lelaki yang cuba mendekatkan diri mereka. Akan timbul tanda tanya samada mereka tertarik dengan kecantikan, personaliti atau hanya sebab payudara yang besar?
  1. Rasa pelik kena tahan pegang payudara waktu berlari atau melompat. Tips dan TrikAgar Payudara Bisa Besar dan Kencang
  2. Payudara yang terlalu besar boleh menyebabkan postur tubuh tak cantik sebab tubuh akan lebih condong ke depan (bongkok).
  3. Payudara besar berpotensi lebih cepat kendur dn lembik berbanding dengan payudara saiz sedang atau kecil. Lagi2 yang dah berkahwin dn menyusukan anak.. Payudara mcm tak ada isi (lempung).
  4. Tak boleh berpakaian sedikit terbuka tanpa kelihatan seksi akibat payudara yang terlalu menonjol.. Sebab itu laa dalam Islam wajib menutup aurat nak lindungi perkara2 mcm ni.. Pakai tudung labuh2 kan sikit yer bahagian dada.. he he he..
  5. Rasa tak selesa apabila payudara merupakan perkara pertama yang dilihat oleh setiap orang yang bertemu dengan mereka.

 

Besar salah kecik pun salah.. Manusia jadi serba salah.. Sebenarnya ada gak tips nak besarkan payudara x payah bedah pun tapi akan mengundang kanser payudara atau Rahim/servik juga.. Bagi makan lebih hormone estrogen..

Kalau nak kurus dan muda balancekan ke2 hormon utama penting wanita.. Ada kawan sy berkongsi pengalamannya katanya “adik2 beradiknya semua kecik dia paling besar sedangkan xda keteturunannya berbreast besar pun”

Melalui ceritanya sebelum usianya 11 tahun dia gemar memakan kentang setiap hari, kemungkinan kentang itu yg menjadikan breastnya sgt besar.. bagi kita dah tua ni x kan menjadi kalau nak membesarkan breast dgn makan kentang, makin MEMBESAR SATU BADAN ADA LAH..!!..

Sebelum mengakhiri stori sy kali ni perkongsian sy ttg payudara ialah..

      • Ada wanita sebelum berkahwin memeliki payudara yg cantik sedang elok besarnya, selepas bersalin kecut dan hilang terus breastnya.
      • Ada wanita kecik sangat selepas usia 40an sangat besar selambak.
      • Yg sering dialami wanita selepas bersalin dan menyusukan anak (sekurangnya 3 anak) ialah payudara sangat ketara dan lembik dn x menarik. Ini akan jd konflik diri dn perkahwinan..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *