Masheta nama samaran sy..

Hajat ingin menyertai model sambilan sy mulakan…

Sampai je distesen bas sy cari public phone call Abg G (pemilik agensi) utk bertanyakan lokasi.. Sebelum tu sy merasakan pelik kenapa suaranya mcm dikepit2.. Lelaki tak pompan pun tak.. zaman dulu sy x pernah jumpa org yg 2 alam..

Selesai call sy berjalan kaki menuju kelokasi dlm 20 minit berjalan dr pusat bandar Klang.. Semasa menulis ni sy senyum2 sendiri.. Bila dikenang balik ketawa sorang2.. (merasakan kesian pd diri sy ni sbb bodoh betul zaman muda sy dulu.. Sbb tu sy akn bebel kalau anak2 sy buat salah supaya x jd kesilapan yg pernah sy buat..)

Sy suka beauty tp ada perkra extreem yg merosak diri contohnya rambut, zaman dulu mana ada pewarna rambut , sy nk rambut perang caranya sy buat dgn kapur makan + pewarna kuning.. mmg menjadi.. Kesannya rambut keras dn rosak..

Sy sapu kapur yg dh berbancuh dgn pewarna kuning tu sehingga kehujung2 rambut (sbb tu sy banyak tau ttg petua , kelemahan dn kelebihannya kesan dr suka explore / x reti diam..

Ada je benda sy buat.. Kalau kuku sy buat mcam tu juga sy kapur makan + sirap merah..(Sy merasa cantik sgt dah….Cara ni merosakan x elok pd kuku dn rambut..

Rambut sy yg curl semulajd , lembut beralun bertukar jd kejur.. Sejak tu setiap pagi bila sikat rambut sy jd tension menyesali, benda cantik yg sy belai setiap pagi jd keras.. (Zaman muda dulu2 sy cari semangat setiap hari ialah melihat diri sy sendiri)

Bila rambut tu rosak akhirnya sy potong rambut dgn harapan rambut baru keluar yg lbh lembut beralun.. Sehingga kini sy sgt marah klu anak 2 nak warnakan rambut..

Pernah 1 hari muka dn rambut sy terbakar akibat dapur gas meletup sehingga habis rambut depan dn muka melecur… sy sapu dgn kulit pisang dn tembikai ., Alhamdulillah x berparut dn cantik balik skin sy..

Kini baru sy sedar Allah sayang sy dibaginya dgn mcm2 ujian dn Allah ajarkan berupa ilham dlm keadaan tertentu..

Ni ada lagi sy buat pd skin sy..

Dulu masa muda sy nak muka sy glowing sy xda skincare sy sapu muka sy dgn asam jawa seminggu sekali.. Sy pernah letak cuka makan pd muka.. issh x elok jgn letak cuka makan..

Setiap kali sy buat minyak kelapa sendiri sy sapu muka sy .,Madu..putih telur (ni bagus ).. Begitulah bonda dalam keadaan serba susah sy masih menghargai diri sbb apa .??

Sbb sy merasakan ” badan ni akan kekal walau lanjut usia mmg xakan ada gantinya sbb tu kena sayang.. kena jaga.. x kan boleh tukar wlu sekaya mana pun xkan ada ganti wlu pergi dimana2 workshop…” sbb dia hanya 1 ” itu lah sy kena rawat. supaya x lusuh reput ..”..

Kembali kepada stori sy…

Pertama kali masuk ke studio Abg G sy terkejut melihat bentuk sifat lelaki tp edisi perempuan, nape dia panggil diri dia abg g.. Sy melihat2 keliling.( kedai bangunan atas ) dn bersalaman dgn model2 lain yg kurus tinggi dn cantik..

Sy isi borang dan letak nama sy Masheta , sy x nak org kenal siapa sy.. Sy merahsiakan semua identiti dn lagi… he he sy paling gemuk 57kg..

Sy sebenarnya x suka nama Rozita kerana xda makna , sy suka Masitah sbb tu sy letak nama Masheta, ada makna dn termasuk dlm kisah wanita2 mulia..

Antara lain sy merasakan nama ni sgt menyusahkan xda keberkatan pd nama.. Kalau sy tua nanti cucu panggil sy Nenek Rozita.. ishh x sesuai betul.. (Byk sy belajar dr beberapa peristiwa yg jd pengajaran , jika lapang sy berstori kisah benar yg sgt byk iktibar )..

Tetiba dtg photographer bertanya pd Abg G dgn suara kuat dn biadab sekali airmukanya menjeling pd sy..

Jhon : “Siapa pompan ni G, gemuk pendek”.(.Sentap sy mendengar bahasanya..)

Abg G : Dia Baru nak joint lah Jhon..Masheta namanya..

(Jhon ketawa berdekah2 mendengar jawaban Abg G..)Sy senyap jer dn pelik apa yg lucu selepas disebut nama masheta tu..

Jhon : oii G org kampung mana ko bawak ni, Masheta xda ke nama lebih sesuai utk jd model..

Saat itu sy nak balik jer sbb x tahan menahan malu.. Dalam hati sy marah, kalau muka dia lawa sgt xpa juga.. Kurus kering, nampak melayu tp nama kristian.. Ni ke dunia glamer yg sy nak.. sambil sy bentak diri sendiri..

Melihat model2 lain Melayu dn India manis2 tinggi sgt dn cantik belaka.. Sy berazam nak kurus lepas ni.. Selesainya sampai lewat petang.. Betul2 buang masa datang sekadar berkenalan dn sy sudah membenci apa sy buat..

Perasaan membenci dn menolak semua aktiviti jd dunia model ttp ada.., tp disebbkan nak hidup dgn kerja mudah sy tetap mahu mencuba lagi.. Belajar dn explore x boleh sekali , begitulah rayu sy pd diri sy waktu tu..

Masa last tu, abg G umumkan “Kita akan jumpa lagi next month dn kalau ada majalah nak minta model kamu semua akn dipanggil bila2 masa utk pendedahan “..

Selepas sy balik dr agensi tu sy nekad nak kurus lagi.. Step sy lakukan hanya makan 10 suapan dn berlari setempat sebanyak 50 kali dalam sehari.. Sy makan herba lbh banyak sesuai dgn apa sy nak..

Badan sy kurus sgt cepat, kemas dn sgt glowing.. Selepas sebulan seperti hari yg dijanjikan sy datang lg dgn memakai baju sari punjabi warna purple.. Kawan2 model , Abg G , dn Jhon terkejut dgn perubahan mendadak sy..

Ramai yg suka melihat sy sbb berbaju punjabi
Jhon memerhatikan sikap sy dr jauh penuh minta manakala sy melihatnya kebencian.. Jika model lain mengelinjang bertepuk tampar, sy mengasing diri dn kurang bercakap.. Mungkin lbh sesuai ayat ni..(sy myb Lbh sopan dr yg lain)..

Sikap sy menjadi tanda tanya pd Jhon kerna sy nampak matang meskipun usia 25 tahun x menampakkan sy wanita single seperti yg sy isi dlm borang..(macam mak org kata jhon)

Jhon suka sy dlm diam..Nantikan stori sy dilain waktu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *