Masuk Ratu Cantik, tau hukum tapi buat demi duit.. Dugaan Nooraini : Part 75

Pengalaman berkerja kilang, saat paling menekan jiwa bila shift waktu malam.. x tahan, rela kerja berat dari x dapat tidur di malam hari..  Rasanya x sama tidur malam dgn tidur di siang hari..

Jika disiang hari kebiasaannya sy bangun jam 3 petang keatas. Hari pertama sy berkemas dn menyapu dirumah sendiri “seburuk2 rumah tetap shurga juga meskipun setinggan yg penting rumah sendiri”..

Keseluruh ruang rumah 0 xda apa nak dipandang penyeri rumah penyegar mata. Dinding lusuh dan atap zink yg bocor sana sini.. Di malam hari kelihatan lampu alam bintang2 berkelipan dilangit..

Kebiasaan hidup kemiskinan sy x merasakan itu kesedihan atau merana disaat itu.. Bila dikenangkan kembali sy amat bersyukur Allah x temukan sy dgn org2 kaya dn mewah.

Sy selalu fikir selagi kuat kena kerja sy bukan cacat, x payah nak merataplah.. Peluang sentiasa ada kat depan dgn kesihatan ni lah sy kena kerja.. Peluang sentiasa ada di hadapan, kena cari lagi..

Hari ni sy keluar berkerja dri rumah berjalan kaki menuju ke stesen bas dimana perhentian bas tu tempat pekerja2 kilang berkumpul.. Cuaca panas dn terasa ingin makan ice cream pulak..

Sebelum sampai ke tempat menunggu bas sy singgah di kedai runcit beli aiskrim. (setahun dlm 3 ke 4 kali jer sy makan aiskrim).. Sy mmg buat apa pun nak cepat sbb tu makan ais krim sambil berjalan..

Sy berjalan mmg laju dn kerja juga laju, macam org mengejar sesuatu.. Dah terbiasa macam tu, maka sy dh biasa makan sambil berjalan..

(x elok makan berjalan atau berdiri. Sy tau x elok makan berjalan tp susah nak ubah sbb semua dlm hidup sy yg buat semuanya.. Terkejar2 semua nak capai.. nak cepat.. Ada hak kejang badan dn sy menangis dh lega sy bangun balik)..

Sambil makan aiskrim tu sy berangan2 nak balik ke Felda tapi menunggu2 waktu public holiday yg panjang sekurang2nya 3 hari balik ke Felda..

Berbagai uniform pekerja2 kilang kelihatan bila sampai di stesen bas, x lama bas sy sampai dn terus sy naik. Sy berjimat2 duit supaya cepat dpt berkumpul hidup dgn anak2.

Kesempatan bekerja kilang dapat makan percuma dn ini yg menjimatkan duit belanja.. Lepas ni xda masakan dri abang B lagi.. Sy kena beli makanan sendiri kerana dirumah sy x da peralatan memasak..

Masa yg dihajatkan pun sampai sy pun balik bercuti untuk menjenguk keluarga di Felda,  seperti biasa kegembiraan anak2 menyambut sy balik.

Perkhabaran gembira kedai sudah dibayar separuh dri harga keseluruhan.. Katanya akan dibayar full bila ex suami dn anak2 sudah mahu berangkat ke KL nanti.

Sy nekad membawa anak2 ke KL dalam masa 2 bulan lagi itu pesan dn ugut sy pd ex suami.. “Apa jadi jangan bagi alasan kena cari duit tambahan, awak jgn senyap jer sy azab dah nak ubah keluarga kita..”

Ex suami senyum2 jer.. Kalau lelaki lain dh sentap isteri cakap macam tu.. Elok ada… x elok pun ada sikap dia ni. Yg elok kami x pernah gaduh pun… yg x elok sikapnya sy x boleh respect dia sebagai suami…

Wanita suka lelaki Firm, bijaksana, berilmu, kuat berusaha, pegasih, solat tu wajib.. Itu baru boleh dipandang isteri sebagai sebagai ketua.. (wanita bukan pandang harta tp pd sifat2 imamnya pd family itu paling penting.. Kalau kahwin makan duit isteri dn bersenang2 tau buat anak jer, lebih baik hidup xda suami)

Sy menyatakan pd anak2 yg kami akan pindah ke sana 2 bulan dari sekarang dn dalam masa sama sy menyuruh ex suami mengumpulkan duit supaya kami x beban di sana nanti..

Anak2 makin senang mendengarnya,  dn sy pulang ke KL seperti biasa.. Hati mengharapkan semuanya akan berjalan lancar perkongsian kehidupan kami selepas ini.. Sy nak dia agresif dn boleh follow cara sy..

Selepas beberapa minggu sy tinggal berseorangan dirumah setinggan tu, sy meramahkan diri bertegur sape dgn jiran terdekat tapi bukan berlebih2an (trauma hidup berjiran sy sgt takut bergaduh) ..

Sekadar berbalas senyuman sambil dalam hati cemburu jugak “bahagianya mereka suami bagi nafkah yg cukup”.. melihatkan isteri-isteri jiran yg x bekerja duduk2 sambil menunggu kepulangan suami masing2..

Satu hari saat sy pergi kerja salah seorang sepupu datang mengkhabarkan gosip terkini pasal sy sedang hebah diperkatakan katanya  “Akak sy dengar Mak Sedara cakap akak makin liar, pakaian sexy.. lepas tu x sopan makan ais krim sambil berjalan.”

Itu baru gosip pertama dn seterusnya apa lgi. Fitnah paling sy takut datang dari  mulut saudara mara kerana ia akan sampai kepada mak itu lah yg sy paling sy x nak..

“Nampak akak makan ais krim isu besar ke, islam mmg x galakkan makan berjalan, sy nak cepat.. x kan nak duduk kedai kopi, Kalau duduk kedai kopi org cakap cari jantan pulak.. Makan ais krim pun isu liar juga ke”..

Melenting kemarahan sangat.. “Siapa yg cakap ni.. mak sedara mana, sy dh lah miskin xda sapa org nak bantu kewangan. Bantu fitnah jer ke..?? utk apa yer.. untung ke nak jatuh kan semangat hidup sy.. atau mulut mmg senang mengumpat.. Atau mereka nak cakap sy ni perempuan murahan nak jual diri..”

Sy hamburkan kemarahan jiwa muda.. Panas hati sangat sedangkan sepupu2 yg lain lebih sexy x pulak jd isu.. Sy luahkan pd sepupu sy tu supaya dia bersuara membela sy pd M Cik2 yg kaki umpat.. “Akak Nora(samaran) tu pakai skirt seluar pendek tp dia bersuami disini x pulak jadi hal..”..

Sepupu sy senyap memerhatikan sy sebelum nak sambung cerita gosip ke2.. Hati muda sy panas memberontak. Mesti lepas ni ada lagi fitnah lain sbb sy kenal sgt sikap mereka ahli keluarga sy sebelum sy kemari..

 

Selang beberapa hari datang lagi sepupu sy mengkabarkan gosip ke2..

“Sengaja datang KL supaya x bersuami,  mudahkan nak mengoda lelaki kaya, sbb tu kamu  sexy.. Nak hidup senang.. Mereka nampak akak tunggu Lelaki tu pakai Merz ambik akak”..

Benda ni sy x buat ditambah perencah penyedap cerita, mengumpat.. Sy just jawab “X pernah nampak baik si miskin macam sy ni, kalau sy hodoh xkan ada fitnah yg sy mengoda jantan kaya.”..

Sy kesedihan dn down sgt. Sy x tahan fitnah dah.. Ini makin serius utk selesaikan kes ni mudah je ex suami dan anak2 kena dtg KL. Tp duit x cukup lagi utk bayar rumah tu Yati nak masuk darjah 1 lagi banyak pakai duit beli barang2 sekolahnya.

Dalam tekanan peribadi tu dikilang buat Annual Dinner dn buat pertandingan Ratu Cantik utk tempat pertama hadiahnya RM500 jumlah besar bagi sy.. Lupa sekejap sakit hati dan tujuan utama yg menarik minat sy utk menyertainya..

Sy rsa mmg xkan menang tp rugi x cuba instant duit.. Pekerja kilang sini sgt2 cantik. Macam super model.. Jika nak bandingkan dgn peserta lain mmg no 7 tu lah tahap2 sy akan dapat..

Sy nak jalan singkat dapat duit utk urus pindahkan anak sekolah buat bayar yuran masuk tadika disini sekali gus menutup fitnah..

 

Di tempat kerja x siapa tahu yg sy isteri org kerana sy isi borang masuk kerja berstatus single.. Sy masih was2 dn x yakin nak menyertainya kerana malu, berdosa, rasa bersalah, fitnah kalau keluarga tahu, kalau mak abah tau, kalau org tau sy dh kawin lagi malu mana nak letak muka..

“Ahh kalau malu x dapat duit, bukan mencuri hanya tu jer cara mudah dapat duit, lepas ni jgn buat lagi. Kalau ikut fitnah dn takut mulut org sejak dulu sampai sekarang x pernah sunyi mulut org, bukan menolong barang RM10, mencaci hina cakap belakang ada lah..”..

Sy telefon kawan sy yg berada di Pasir Besar suruh jumpa ex suami sy nak bercakap hal penting.. Sy set masa yg dijanjikan utk bercakap dgnnya.. Perbualan kami..

Sy : Sy nak cerita ni, sy nak masuk pertandingan Ratu Cantik, hadiah tempat pertama RM 500 ada hadiah lain lagi.. u kasi x..??

Ex suami : x apa masuk je lah.. Janji dapat beli rumah banglo.. (dalam hati sy gila ke RM500 dapat beli rumah banglo)

Sy : Ehhh kenapa awak bagi, kalau abah sy lah, masa anak dara dulu kena belasah sy ni..

Ex suami : Itu cara mudah bukan lama pun kan..

Sekejap je kami cakap, sy just minta permission.. Bukan sy happy lepas call dia tp sy makin sedih sbb x da hak Islam dlm family yg kami bina.. Meskipun xcinta kan dia sy boleh bina perasaan hormat dn sy mahu dalam dirinya ada nilai pemimpin bukan parasit (penumpang)

 

Para isteri bukan nak tidur ditilam empuk tp biarlah suami tu ada ciri2 ketua, kasih sayang, bijaksana.. Ni apa pun xda nak dirasakan atau nak dipandang, simpati, cemburu, nasihat teguran ke.. Lepas kan sy buta ..

Sy rasa dalam hati ex suami xda sifat pemimpin macam abah sy. Membina keluarga kena ada ilmu dn tanggungjawab, samada suami atau isteri.. (sy tetap salah sbb Islam x suruh sy buat macam tu..)

Hanya nak duit dgn cara mudah meskipun sy buat salah dlm kemiskinan “xda yg halal dlm perbuatan begini..” Sy dh macam jual maruah diri bergaya seksi depan org yg x pernah dibuat oleh mana2 keluarga sy..

Sy dididik dgn menjaga maruah dn adab, bila suami x pandai mendidik dn ekonomi yg teruk menjadikan iman sy lemah. MANA SY NAK MENGADU.. pada suami..??? Wanita jd lemas.

Masuk ratu cantik ni seperti “membenarkan semua fitnah”.. Sy meneruskan, sy degil dn sy bersalah dlm perbuatan ni… Sy pernah terbaca dlm buku agama “kemiskinan mendekatkan diri menjadi kekafiran”..

Ditempat kerja sy mmg sgt ramai perempuan yg sgt cantik2 macam super model pun ada..!! Sy melihat masa awal masuk kerja terkejut, jelita yg x terkata..!!..

pn-dressTiba hari pertandingan, sy beli baju blaus hitam tangan panjang kain lace dn skirt pendek paras lutut.. Sy beli kasut tinggi 2 inci warna hitam, sy ke salon terpaksa keluarkan modal semata2 nak bertanding. Sejuk kaki tangan sy buat perkara yg abah sgt marah..

Sampai di Crown Crystal Hotel sy dgn peserta lain diminta salin pakaian evening dress.. Terlopong melihat pakaian yg sgt cantik tp sangat seksi..

Sy lebih rasa2 bersalah takut x boleh jalan atas pentas sbb takut x selesa dgn pakaian tu.. “En sy x boleh pakai macam ni, sy x biasa dgn pakaian yg terbuka dada.. Kalau xda yg boleh tutup dada sy nak tarik diri En..”..

Kawan2 lain bersahutan, mana ada sexy bukan bikini pun, gaun lah Ita.. Sy senyap sbb xda mood hanya nak tarik diri.. Kata pegawai jurutera yg handle kami.. “Sekejap sy tanyakan pegawai lain, boleh x kalau u di bagi selendang tutup dada atau tarik diri macam mana”..

 

Sementara peserta lain memakai pakaian masing2..

Sy memerhatikan dri jauh dalam hati kesal berkata2 “Kalau sy tau pakaian macam ni.. x nak sy masuk dri awal ingatkan baju kebaya.. Pertandingan short notice dah lah sy bermodal buat rambut beli kasut..”..

pn-rozita-anugerah-ratuX lama Pegawai tu datang.. “Rozita u x boleh tarik diri.. Kami bagi u sorang jer selendang kamu boleh pakai utk cover dada.. ohh yer Nanti sape2 masuk final akan ada ujian IQ tau selain kecantikan hakim akan tengok IQ juga sebagai markah.”..

Sy nervous hanya senyap utk kumpul kekuatan, muka sudah bermakeup dn bersanggul.. (x lawa mana pun zaman dulu mana ada make up canggih macam sekarang)..

Kami ditemukan ada 16 peserta semuanya anak dara.. Cantik2 belaka.. Dalam hati mencebik diri “Sy xkan menang, padan muka sy kalau kalah (mengejek diri sendiri)..”..

Kami reheseal berjalan dgn step yg dikehendaki.. Penatnya lebih dahsyat dri menoreh.. Sy x pernah bertumit tinggi.. itupun 2 inci jer dh sakit.. (terbayang sy Che Ta 7 inci tahannya dia kan)..

Pembaca yg sy muliakan, sebelum mengakhiri tulisan kisah diri bonda.. Mohon sgt jangan salah faham atau dijadikan ejekan keburukan sy yg lepas. PENULISAN SY UTK IKTIBAR.. BUKAN UTK BUKA AIB DIRI ATAU AIB ORG LAIN..

 

Sy sambung stori akan datang bagaimana sy menyekolahkan Yati dgn duit menang Ratu cantik,   dn menyertai model sambilan dn akhirnya sy berpisah dgn ex suami..

(Maaf lambat update kisah Dugaan Noor Aini sbb sy sibuk sgt kebelakangan ni.. Ramai yg emel minta buat baru sempat malam tadi sambung buat)..

Sy x lepas dari salah tp adalah lebih baik sedar sy mahu memperbaiki diri jadi sy akhiri dgn Kata2 indah buat pembaca utk santapan minda ..

1▪ Jangan takut untuk menyuarakan. Anda perlu menyatakan untuk didengari utk satu solusi..

2▪ Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak kebahagiaan yang kita dapatkan.

3▪ Masalah adalah sahabat terbaik mu. Dia menjadikan mu lebih kuat dan lebih mengerti tentang kehidupan.

4▪ Dalam cinta, tidak perlu semua sempurna, tetapi seseorang yang mencintaimu apa adanya dan membuat kamu merasa sgt sempurna.

5 ▪Jadilah orang baik, kerana Allah & Rasul menyukai kebaikan.

6▪ Pengetahuan dan keterampilan diri adalah alat.. yang menentukan sukses adalah sikap.

7▪ Tidak ada kejayaan  tanpa pengorbanan..  Tidak ada kejayaan tanpa kesulitan..

 

Demikianlah semoga bermanfaat untuk kita semua. Amin ya Rabbal ‘Alamin….

Comments

  1. oja rozalin says

    As salam puan…alhamdulillah, niat puan dgn bkongsi kisah lampau kehidupan puan, sampai kpd sy dan sy manfaatkan. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *