Mengandung dan Bersalin. : Part 3

Alhamdullilah semuanya berlangsung sempurna dn selamat seperti yg diharapkan. Baby disahkan sihat berat pun mencukupi. Sy dipindahkan ke bilik yg ditempah oleh suami sy. Dalam masa 2 jam,  badan rasa segar dn tiada rasa sakit, 1st sy bangun berdiri utk tengok perut dulu.. Anak kemudian lepas ni.. Sbb part tu paling hodoh..

 

Pandangan sy ttg bentuk badan / sy menilai diri sendiri…

1st : Sy akan jaga part “Perut & punggung” kerana ia perkara paling utama utk badan nampak kemas & cantik. Sy akan rasa selesa dan kepuasan dlm penampilan.. (sy x suka girdle)

Bila perut buncit ke depan, menggelambir, lemak bertingkat2 pada kawasan perut akhirnya memenuhi kawasan pinggang itu lah kelemahan diri paling ketara.. (sy rasa malu bila suami pegang bahagian pinggang, baring badan kelihatan x seksi.. kalau pakai baju nampak lemak berkumpul kat situ)..

 

2nd : PAYUDARA

Sy mohon maaf tulisan pada kali ni ada sedikit kelihatan lucah (x sopan, kalau x tulis orang x tahu dan niat sy bagi tips sahaja..) Tapi jangan diikut apa sy tulis…!!! Ia adalah pengalaman sy dn kawan2 terdekat yg sy buat research & pengalaman sy sendiri. Sy tak pernah lama menyusukan bayi hanya dalam 2 minggu sja sejak anak sulung kerana xda air susu.

 

3rd : KEBURUKAN & KEBAIKAN MENYUSUKAN BAYI..

Menyusukan bayi menyebabkan payudara wanita menjdi kendur tidak cantik dan adakalanya ia menjadi kecut..!!.. Payu dara wanita ni ia umpama petola yg dah tua (yg sarang di dalamnya).. Kemudian disaluti oleh daging dn lemak.. Payudara sebenarnya dikelilingi oleh lemak yg menyarungi sarang petola td.. Kekurangan lemak pd bahagian ni menyebabkan payudara x cantik.. Kekenduran datang dri banyak faktor..

Sebelum awal 80an wanita kampung sy masa tu, sy lihat x banyak yg menyusukn bayinya, mereka memberikan bayinya susu formula.. Sy dapati kebanyakan kawan2 sy yg tak menyusukan  anak,  payudaranya masih segar cantik meskipun berusia 40an..

Tetapi kajian sains mengatakan payudara kendur disebabkan proses kehamilan..!!

Selepas itu kerajaan sgt fokus supaya ibu memberikan bayi susu badan kerana ia bagus mengecutkan rahim, mengurangkan sakit kuning pd bayi & menguatkan imuniti bayi.. Petua menjaga payudara zaman dahulu semasa dalam berpantang akan sy bukukan nanti, InsyaAllah.

– Jangan biarkan susu membengkak sehingga terlalu besar masa dalam pantang. Menyapu & mengurut sejenis minyak bersama herba utk kekalkan lemak dn ketegangannya.. Tangkup payudara dgn daun kobis atau pucuk pisang muda supaya payudara x bengkak dn panas.. Menyusukan bayi kena ada posisi dn menyimpan pd bra dgn betul..

Ada kawan2 sy masa zaman anak dara memiliki payudara yg sgt cantik selepas bersalin menyusukan anaknya payudaranya menjadi kecut terus mengecil.. Ada juga selepas bersalin semakin besar dn menjadi lembik.. (sy singkatkan story kpd topik yg lain pulak)

 

Bukan setakat cantik, bila pakai seluar jeans nampak kemas dan kaki nampak runcing jer..

Thigh Gap bukan setakat cantik, bila pakai seluar jeans nampak kemas dan kaki nampak runcing jer..

4th : BENTUK KAKI & CELAH PEHA..

Bentuk kaki kena cantik, nampak runcing, xda selulit walaupun pakai jubah, bahagian ni sgt penting sebenarnya “peha yg ada thigh gap”.. Ia bukan sja cantik malahan kelihatan seksi dn sangat kuat. Ia berfungsi super extra selain kecantikan..

Ini yg org ramai x tahu “ia sgt bagus dlm posisi hubungan intim. Ia memenuhi makam kewanitaan sehingga menggerakan dalaman yg sgt kuatttttt…!!  lagi hebat yg boleh dirasai oleh suaminya”..

Kelemahan org berpeha besar selain x cantik, kurang x kuat “goyang inulnya he he he (sy malu nak explain)

 

Ini akan dialami wanita hamil dan obesiti. Lemak berkumpul di bahagian paha nampak tak cantik dan susah nak dapat thigh gap..

Ini akan dialami wanita hamil dan obesiti. Lemak berkumpul di bahagian paha nampak tak cantik dan susah nak dapat thigh gap..

Contoh kaki berselulit..

Contoh kaki berselulit..

5th : Bentuk Muka..

Lepas bersalin muka akan kembang dan jeragat banyak, leher hitam.. Sy mengamalkan senaman yg boleh mengembalikan leher yg panjang, muka sharp x berlemak (next bila2 mood atau masa free sy tulis merawat masalah ni)

 

Seterusnya sy sambung kisah sy lepas bersalin,

Cantik kurus bermula dri pandangan mata ialah part perut kena cek dulu.. Mak aiii buncitnya hodoh sekali, stress “Ada harapan ke kempis balik macam asal, tipis rasanya sbb dh tua”.. Rungut sendiri.

Masa muda dulu bersalin terus kempis perut x memboyot lembik.. Rupanya bersalin usia 38 tahun ke atas mmg sgt mengharukan jiwa.. bayangkan 44 tahun..!!.. Xpe lah sy dh puas kurus, menyedapkan hati.. kalau dh nak gemuk xkan nak merana kot.. Gemuk pun cantik apa. Janji sy sihat.. (menyedapkan hati je)..

Pelan2 sy mendapatkan bayi dn membuka balutan bedungnya.. Nak tengok ada ke tanda lahir atau sebarang kecacatan. Dada anak sy macam berlekuk di tengah2..!!

Hati takut sgt nak menghadapi kemungkinan ni.. Dada berlekuk atau dada tinggi  maksudnya anak ni ada asma serius..!!.. Sy tau sbb dah beranak banyak (Hazeem & Ain yg ada asma..) Tp Amani paling teruk lekuknya..

Esoknya Dr Dato Musa pakar kanak2 masuk melawat bayi sebelum sy dibenarkan pulang.. Sy melihat report Dr Musa semua sihat. Kemudian Dr Maziah cek sy pulak.. Alhamdulillah ok juga semuanya.. Sy balik kerumah dgn senang hati dn gembira sekali. TERLUPA SEKEJAP TTG ANAK NI BERDADA LEKUK..

 

Dalam banyak2 anak, Maryam Nur Amani merupakan anak yg paling azab mengandung dn membes. Pembaca yg sy kasihi terutamanya para wanita yg mahu hamil diusia 40 keatas sangat banyak kelemah anataramya

1 : Badan kita akan sangat lemah kerana semua zat dalam badan telah disalurkan semua pada anak. Kita pulak mmg makin kurang kalsium dan jika kurang zat ia memudaratkan kesihatan. Kalau x jaga makanan boleh dapat sakit anemia..

2 : Mental kita x tahan sbb usia 40an kita sepatutnya menikmati usia dgn aman.. Kewangan makin susah sbb anak2 lain yg sudah dewasa dn tekanan makin banyak usia lewat ni.

Bila masalah banyak kita stress dgn mengandung, keadaan badan lemah tekanan mental sehingga kita sgt stress malu nak berhadapan dgn org keliling, x selesa dengan keadaan fizikal yg uzur dan bila org tanya “Ko gemuk ke mengandung”.. ha ha ha paling lawak bila bersalin nanti org tanya “Bawa cucu baru ke, ni anak dari anak kamu yg mana?..”..

Sy awal2 dulu dah siapkan mental apa akan sy rasa dn apa akan sy jawab bila melalui situasi ini. Cara saya ialah sambil berlawak dn selamba jer sy mengiyakan “Anak sy lah ni nak bersaing dgn anak menantu tu yg beranak lagi.. Dapat cucu dapat anak sekali”.. orang balas balik “Lahh ingatkan cucu”.. Masa tu kita akan rasa malu, sbb dah tua pegang anak kecik..

 

Bagaimana nak atasi ..??

1: Allah memberikan zuriat x kenal usia, bukan kehendak kita.. Sejarah para Nabi ada isteri mereka hamil meskipun berusia sudah lanjut.

2: Positif, anak ini akan menemani diusia tua nanti. Sementara lain sudah berkeluarga, anak ini akan meriahkan hidup kami. Ada rahmat Allah beri..

Mala, pernah menjadi ujikaji. Dengan hanya dengan produk JRM dia boleh kurus dan langsing.

Mala, pernah menjadi ujikaji. Dengan hanya dengan produk JRM dia boleh kurus dan langsing.

3: Sy beranak kecik pun bukan minta duit org utk besarkannya, kenapa nak malu sedangkan sy hanyalah asbab utk anak ini melihat dunia.. Sy terima.. Sy redha kerana ganjaran kebaikan dn rahsia hidup mati semua dri Allah.

Seterusnya Allah uji sy menjaga anak ini semasa dalam pantang.. Amani  paling susah dijaga.. Sy menangis sbb hilang sabar menjaganya kerana dia menangis x berhenti, sy x cukup tidur siang dan malam.. Penangis sgt..

Sy berterimakasih sgt pd anak jiran sy Normala yg berkerja dgn sy selama 7 tahun, dia paling banyak membantu sy menjaga dn mengurus Amani..

Sy kena sambung Part 4 atau 5 lagi ni, sbb sy x habis bab kesihatan dn keburukan salah makan vitamin semasa mengandung..

Comments

  1. says

    Assalam puan yang dihormati dan dikasihi, saya nak sangat sangat petua jaga muka untuk leher panjang dan kuruskan pipi dan dagu sbb saya ada masalah dagu berlapis teruk sangat dari usia 12 tahun. Terima kasih puan. Sayang puan hehe :)

  2. Irda says

    Puan, bila2 free, minta kongsikan petua kempiskan perut beserta produk ST dan JRM yang dapat membantu kempiskan perut

    Saya sangat suka membaca tulisan Puan Rozita ni

  3. puan zhy says

    Semoga puan sehat dan mempunyai kelapangan untuk menulis,,,jangan malas puan sebab saya rindu tulisan puan.

  4. Sakinah says

    Bonda..sy nk tnya pendapat bonda tentang amalan berpantang zaman moden skrg yang mana si ibu kebanyakannya berpantang dalam bilik/rumah yg ber aircond disebabkan cuaca sekarang sgt panas..si ibu tetap memakai stoking,bertungku..ada keburukan ke berpantang macam tu? Mohon penjelasan dr bonda..t.kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *