Miskinnya masyarakat felda…

Banyak umur banyak pengalaman..Jauh berjalan luas pandangan..Sebab tu sy sukalah sgt travel melihat negara orang…
Negara paling maju dan melihat kemunduran negara luar..Kemiskinan masih ada dinegara kita dan berada dimana2..Cuma x seteruk dinegara asing..Kita masih punya rumah yg elok dan tak ramai yg kebuluran. .Negara kita banyak peluang kerja, nak x nak je !!!…Bila kerja senang dapat, mudah pulak nak dapat duit kan..Tapi nilai duit sekarang sgt kecil dan kos hidup makin mahal.

PISANG AWAK

Kisah pisang awak yg sy tulis ni kisah benar berlaku di Felda kediaman mak sy ..Negara makin maju tapi ekonomi sekarang menjadikan kemiskinan makin banyak..dan sy percaya jenayah juga meningkat.
Dulu tahun 2006 pisang awak harganya sekilo dlm 60sen.. Sekarang RM3.00 kat pasar besar klang..Terkejut sy beli semalam ahad (12hb Okt) 3 sikat pisang (raja, awak, abu) dan 2 sikat pisang emas harganya Rm 19.00…
Sy suka bertanyakan kabar jiran2 mak.. Mereka ni peneman mak sy sewaktu kami (anak2) x balik kampung . Macam keluarga sendiri, jiran2 di blok mak sgt rapat dengan kami semua anak2 mak..

rumah felda

Sy melihat perjuangan mereka meneroka tempat tu 35 tahun yg lalu..Dari zaman mereka muda (usia 30an) sampai usia mereka sekarang warga emas 60an.. Dulu masa datang felda, anak2 mereka masih kecil2.. Sekarang dah besar2 jadi generasi ke2 pulak..beranak pinak..bercucu cicit..

Sy namakan mak cik ni Normi ( samaran)..Berpenyakit dan lemah sgt nak bekerja . Dalam usia begini sepatutnya dia dah rehat..Kini dia menjaga cucu dan membawa cucunya yg berusia 2 dan 3 tahun menoreh bersama2nya yg uzur.. Cucu ni merengeklah..” Nek jom balik..nyamuk banyak lah nek..penatlah nek jalan pergi kebun..”..Sy kalau balik mesti sedih dn sayu betul hati sy. !!.
Mereka banyak yg uzur dan terpaksa bekerja, kerana anak2 mereka juga hidup susah dan berkeluarga sendiri. Tak upaya lah nak bantu mak yg tua..

Mak cik Normi sebagai contoh sahaja dlm tulisan sy ni, hakikatnya ia banyak berlaku pada keluarga2 lain.. Paling sedih dalam ekonomi begini, ramai anak cucu, menantu pulang kerumah mak masing2 ..

Terpaksa duduk beramai2 kerana kegawatan ekonomi tak boleh nak teruskan hidup dibandar kerana kos hidup tinggi sewa rumah, kos pengangkutan dan nursery jaga anak..Gaji kecil kerana tidak ada kemahiran dan kelulusan mmg susah nak hidup di kota besar KL .Ibu yang uzur sejak kecil dah susah payah membesarkan anak kini terpaksa menyara menantu dan cucu sekali bayangkan lah..
“Apa daya anak dan keluarga Mak Cik ramai..tak larat pun kerja lah juga..” mengadu nasib dan sering bertandang kerumah mak bercerita nasib anak cucunya..Setiap kali dtg kerumah mak cucunya akan turut sama ..yg sedih kata mak ada yg bertanya ” Nenek ada tak serdak2 roti ke biskut..kami lapar..” .Sayunya hati terbayang sy apa rasanya hati sy bila anak cucu sy berkeadaan begitu..
Mak akan bagi apa makanan yg ada utk mereka..Alangkah gembiranya mereka dapat biskut, kacang2 dari rumah mak..Adakalanya Mak Cik Normi terpaksa meminjam wang RM3 hanya untuk membeli 1kg beras..!!.

Sy ingat ada tanah felda dan keliling rumah boleh bertanam dan mengurangkan kos makanan..tetapi ahli keluarga yg ramai x cukup tanaman utk mengisi perut puluhan org dlm 1 rumah..dan cucu yg sedang membesar kuat makan..
Kalau sy ditempat mereka, bela lah ayam kampung, tanam sayur, dan banyak perkara boleh ubah cara makan dan hidup utk kurangkan kelaparan…Bukan lepak dalam rumah dan tunggu subsidi felda..dan membiarkan orang lain menternak kita…Manusia ni kalau malas kerja , tak nampak jalan nak ubah nasib maka parahlah generasi akan datang..Kalau nak layan miskin sbb susah nak hidup dengan menangis , salah tu..!! Kita patut fikir dan buka mata hati..kerah tenaga 4 kerat, kalau xda pendidikan. .Dari kesusahan sebenarnya Allah nak ajar kita ilmu bukan makin jadi lemah ..

Nak ikut semua org ada susahnya..tak ada jalan singkat untuk senang..sebelum senang kena bersusah dulu..Pepatah sy senang je..” Orang maju panjat bulan kita masih naik basikal..Orang jauh merantau lihat london kita pergi KL pun x pernah..” Suka ke jadi orang ke tinggalan..

Mak sy bagi 2 sikat pisang awak pada Mak Cik Normi ..Senang hati Mak Cik sbb Mak sy prihatin dgn nasibnya esoknya Mak Cik bertandang dan mengadu lagi .” Alahai kak semalam kak bagi sy pisang , sy ingat nak tunggu masak buat cokodok , lebih kenyang ..ingatkan dapat makan ramai2 kak..Sy balik kebun je licin..Dapat cucu sy cari kak..Licin ..!! Belum sempat masak pisang tu dah dimakannya..

Sy anak peneroka, sy pernah juga jadi peneroka..Sy pernah kerja dgn org melihat kegawatan ekonomi sebagai pekerja.Dulu sy mendengar syarikat besar paling ketara merasai kegawatan ekonomi. .Kini sy lalui sebagai pemilik syarikat..Bagaimana getirnya melalui saat kejatuhan ekonomi yg kini dirasai oleh semua org…

Syukur Alhamdullilah percaturan Allah sy merasai kesemuanya apa yg org lain alami, zaman kesempitan makanan , kemudahan mencari rezeki, kesihatan dan keupayaan diri…Maha suci engkau Ya Allah .!!..Hidup ni x sentiasa indah..!!..Sekejap diatas bila2 masa sj kita boleh dibawah.. .

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *