Musafir Palestin 2..

Landscape arab yg sgt menarik.. Bandar tertua di dunia. Merasai airnya. Manis dan sejuk. Air dr bumi..

Landscape arab yg sgt menarik.. Bandar tertua di dunia. Merasai airnya. Manis dan sejuk. Air dr bumi..

Sepanjang musafir ke Palestin beberapa iktibar sy dapat dari sana yg sy mahu kongsikn.. Namun ia sekadar cerita dan sy amat berharap jgn lah disalah ertikan sehingga timbul fitnah dan kemarahan kepada anda yg membaca tulisan sy ini..

Bila ia pengalaman pasti akan berlaku kesilapan, ambilah positifnya sebagai iktibar kepada kita semua.. (semuanya mengenai berkenaan semangat orang2 Palestin & sy disana)..

Kami hanya semalaman tidur di Jordan kerana dri negara inilah kami boleh memasuki kesempadan Palestin. Sepanjang trip 8 hari ni masa dipenuhi dgn berjalan pastinya sgt jauh dn memenatkan. Tambahan pula sy baru balik dri Turki ..

Mengintai cenderamata barangan di sempadan masuk ke Palestin. Mahallll... x beli apa pun..

Mengintai cenderamata barangan di sempadan masuk ke Palestin. Mahallll… x beli apa pun..

Jordan ini kali ke2nya menjejakinya. Sy pernah singgah pd tahun 2005. Pembangunan disana x begitu ketara dibandingkan dri dulu. Mata wang dirham sgt tinggi dan sy memsang niat x akan berbelanja disini.

Memijak bumi Jordan dan Palestin “HATI JADI LAIN.. SGT LAIN NIKMATNYA”..

Itu tanah yg diberkati kerana pernah dilalui oleh para nabi dn ambiyak sgt berbeza perasaan bagi org yg tahu menghayatinya.. Ia bukan saja mendamaikan hati, jiwa rasa penuh (macam org makan tu rasa kenyang sgt).. Ada hadis yg menyatakan mengikuti sirah nabi akan menambahkan keimanan..!!..

Belakang ni ukiran dri kulit mutiara harga duit kita 12k ke 30k.. Hajat nk beli kalau dlm RM1200.. Kalau harga mahal mcm tu lupakanlah..

Belakang ni ukiran dri kulit mutiara harga duit kita 12k ke 30k.. Hajat nk beli kalau dlm RM1200.. Kalau harga mahal mcm tu lupakanlah..

Kerana terlalu banyak ilmu yg disampaikan ada yg sy x sempat catit, apa yg sy tulis kali ni perasaan dn pengalaman sepanjang disana. Seramai 70 org dgn 2 biji bas kami ke sana. Selepas kami singgah di Jordan esok pagi2nya kami melawat masjid dn terletak di atas bukit dari situ kami boleh melihat bukit dn sempadan antara Jordan dan Palestin..

Selepas itu kami meneruskan perjalanan dn saat mengerikan bermula iaitu bila masuk ke sempadan Israel (musuh islam). Check point mendebarkan iaitu di kawasan imegresen.

“Memasuki kawasan ni sudah dipenuhi oleh periuk api. Kawalan askar2 muda dgn senjata2 terkini sudah menakutkan kami. Mereka serius dn x manis senyumnya.

Posing lebih, beli nya idak.. he he..

Posing lebih, beli nya idak.. he he..

Urusan di sini memakan masa 5 ke 6 jam dan sengaja disusahkan dn kawalan yg sgt ketat. Yg mudah masuk US dgn Singapore jer. Banyakan doa semoga Allah dipermudahkan. Jika dia minta buka jaket atau apa saja arahan jgn melawan. Kita nanti akan dipisah2kan oleh mereka.”

Ini ialah Visa masuk Palestin. tak guna passport.

Ini ialah Visa masuk Palestin. tak guna passport.

Begitulah taklimat sebelum kami memasuki kawasan imegresen Israel ni. Perasaan ketika itu macam serah nyawa kemari. Malaysia xda kedutaan dn hubungan dgn Israel dn kerajaan kita x galakan rakyat kemari. Semua atas risiko sendiri.

Haa pemandangan ni dr depan.. Atas bukit lagi lawa.. ni pakai hp sy ambik..

Haa pemandangan ni dr depan.. Atas bukit lagi lawa.. ni pakai hp sy ambik..

Uzt Amin sebenarnya hanya menghantar kami sehingga di Jordan sja dn Uztz sudah x benarkan masuk ke Palestin kerana Isreal sudah dapat tahu yg Uzzt Amin membawa bantuan utk org2 Palestin.. (Uzzt dah 27 kali masuk dan berdoa agar dapat masuk kembali kerana rasa rindunya pada bumi Palestin)

Pemandangan luar restoran tercantik yg kami singgah. Mmg sgt lawa tempat ni..

Pemandangan luar restoran tercantik yg kami singgah. Mmg sgt lawa tempat ni..

Kata uztzh Hasni yg telah 7 kali kemari katanya org2 israel asalnya dari keturunan Nabi Yusuf mmg sgt cantik.. Pertama kali sy memandang askar yg bertugas sy terkejut super model pun kalah. Mata biru, sado dgn jambang dn kulit sgt cantik.. MasyaAllah kalau Nabi Allah Yusuf macam mana pulak cantiknya..!!

Sepanjang di Imegresen Alhamdullilah sy sgt mudah urusannya, dalam masa berbaris tu ada yg nak pengsan kerana terlalu takut. Meskipun sy selesai awal. Berita buruk kami terima Uzth Hasni sangkut dan ada 5 jemaah lain yg sangkut termasuk tour leader. @ darinya ialah Doktor pakar bedah.. Alhamdullilah trip sy kali ni Allah temukan dgn ramai golongan elit yg kuat pegangan ugama. Sempat kami berbual sementara menunggu semua Jemaah lain yg belum selesai urusan.. (Salah seorang pegawai polis pencen yg berpangkat besar. Katanya semasa masih berkhidmat x boleh masuk sini)..

5 org dri trip x lepas masuk dan kami meneruskan perjalanan bersama uztz Hafiz. Uztzh Hasni ditahan selama beberapa jam kerana dia x mahu menanggalkan jaket bajunya. Dan banyak barang2 jemaah yg diambil oleh askar isreal..

Sy x menyangka sy lepas dgn mudah kerana beg sy sgt sarat dengan muatan dapur dn tong gas. Itu lebih nampak mencurigakan.. Lekas sgt sbb Uztzh Hasni lepas akhirnya.. Sy tanya macam mana dia mengayat askar tu sampai boleh lepas. Sedangkan yg lain x lepas..

 “Adik senyum dan adik cakaplah I don’t want open my jaket because I am too sexy”.. Dengan sikapnya suka bergurau tu suka sy melihat dia tenang dn masih mengekalkan auratnya meskipun dlm bahaya.. (gelaran adik yg family panggil dia sbb anak bongsu/kami berdua kawan baik)..

Perjalanan yg jauh menuju Bandar Jerusalem di mana terletaknya masjid Aqsa membuatkan kami sgt lapar. Singgah di restoran yg sangat menakjubkan lokasinya iaitu geografinya yg paling terendah di dunia membuatkan sy sgt teruja..

Restoran ni paling sedap.

Restoran ni paling sedap.

Suhu yg sgt sejuk dgn baju tebal berlapis2 berat sekali pd badan.. Sy sgt suka suhu iklim negara kita selesa dgn pakaian tipis.. Malaysia bumi yg nikmat.. tetap sayang negara kita. Sepanjang turun sy berlari seorang diri mengambil gambar landskap unik zaman purba arab..

Kami meneruskan perjalanan selepas makan sekali lagi debaran bermula setiap tol beberapa kali kami ditahan oleh askar2 Israel cek pasport dn sebagainya sehinggalah sampai ke hotel.. Dalam perjalanan tour guide Qasem ialah org tempatan Jerusalem menceritakan seluruh kawasan keliling palestin ttg perkembangan Palestin dgn “Israel Malaun”..

Orang Israel senang dikenali dgn stail rambutnya.

Orang Israel senang dikenali dgn stail rambutnya.

Tembok2 batu besar dibina sgt tinggi melindungi perumahan org2 Israel. Rumah2 cantik mewah ialah milik Israel. Manakala rumah2 kecil yg miskin2 itu milik org2 islam Palestin.. Kebanyakan bandar2 dikosongkan milik org Islam dn mereka tidak boleh keluar dri sempadan daerah masing2..

Rezeki dpt makan di meja VVIP..

Rezeki dpt makan di meja VVIP..

Contoh org Shah Alam hanya boleh duduk di daerah mereka sahaja. Mereka x dibenarkan pergi ke Mesjid Aqsa pun setelah berbelas2 tahun. Apa yg sy lihat dn iktibar yg sy dapat dri musafir kali ini ..

  • Org2 Palestin sgt memuliakan tetamu. Semuanya akan menyapa dgn baik, meraikan, senyum dan penuh kasih sayang kepada sesama muslim..

    Ni paling sedap. Ayam, kambing, sayuran. Manisnya.. Subhanallah sedapnya..

    Ni paling sedap. Ayam, kambing, sayuran. Manisnya.. Subhanallah sedapnya..

  • Mereka sgt miskin wanitanya xda yg ada seurat cincin atau emas pun dan kebanyakan dri keluarga mereka mesti ada yg mati syahid, atau dipenjarakan.

  • Ke mana saja sy pergi semua umat islam akan memegang tasbih, berselawat, berzikir dan mengaji quran di merata tempat.

  • Remaja mereka yg lelaki dgn rupa yg segak sambil berjalan di kawasan masjid Aqsa kami sangka menyanyi (pakaian dn jalan ala2 model) Rupanya menghafal Alquran.
Manisan ni sgt sedap keju dr susu kambing dn madu.. sy x makan keju jd suka makan keju. ha ha..

Manisan ni sgt sedap keju dr susu kambing dn madu.. sy x makan keju jd suka makan keju. ha ha..

  • Dalam mesjid sgt banyak org mengaji Al-quran berkelompok2 samada lelaki & perempuan. Suara mereka sgt sedap dgn tajwid yg sempurna.

  • Pada hari jumaat seperti pesta masjid dipenuhi dgn seluruh ahli keluarga dra bayi sehingga yg uzur berkelah di dalam kawasan masjid mendengar ceramah ugama dan mengaji Al Quran tanpa henti.. (bukan pasang kaset mesjidnya macam kat Msia he he he)..

  • Paling istimewa org Palestin pd kaca mata dn hati sy ada 2 perkara ialah “1 : Mereka ialah golongan manusia yg hebat kerana masih mahu bersedekah dalam keadaan mereka susah dan senang.. 2 : Mereka mengimpikan syahid dan mahu sama2 jihad utk Islam x mahu meninggalkan negara mereka meskipin ada peluang utk lari dri Israel.”

Jus lemon kat Palestine jika anda ke mari wajib rasa. sgt sedap.. satu jug dihidangkan lepas banyak makan kambing..

Jus lemon kat Palestine jika anda ke mari wajib rasa. sgt sedap.. satu jug dihidangkan lepas banyak makan kambing..

  • Ada yg dipukul dn dipenjarakan gara2 ingin ke Mesjid.. Kefahaman berugama, sejarah para nabi, kecintaan yg benar2 yakin dgn Allah “Sayangnya mereka dgn masjid Aqsa, rindunya mereka dgn Aqsa.”

  • Tapi kenapa sy dan keluarga sy x kerap ke masjid..?? Kenapa masjid di Malaysia yg megah terbina, aman selamat negara kita yg penuh nikmat dgn makananan dan duit tapi x ramai orang ke mesjid.. 0..?? Kalau mana2 majlis hiburan penuh, adakah ini cara kami bersyukur pd Allah.

  1. Peniaga di sini suka bersedekah dan ramah tamah orgnya. Kebanyakan mereka menjual roti. X banyak barang2 menarik di Palestin yg boleh dibeli melainkan sy membeli buah2an Palestin yg sgt sedap rasanya..

Mimbar dlm mesjid Nabi DAUD bukan lagi milik org Islam..

Mimbar dlm mesjid Nabi DAUD bukan lagi milik org Islam..

  1. Sepanjang berada di Palestin sy melihat 3 ugama (Kristian, Taurat, dan Islam) dri langit.. dn berebut ttg nabi dn bumi Palestin yg subur. Kata Uzt Amin Israel ingin merampas 3 negara selain Palestin (Jordan , Iran & Iraq)..

  1. Sy merasa sedih sekali kerana dalam masjid 2 utama yg dirampas oleh Israel ada kalimah2 Quran yg mereka x boleh nak hapuskan masih kekal dn itulah sebagai bukti sejarah Islam..

Di makam nabi Daud Sy mendoakan agar mesjid ni kembali kpd milik org Islam..

Di makam nabi Daud Sy mendoakan agar mesjid ni kembali kpd milik org Islam..

  1. Sepanjang di Aqsa sy mendengar Azan, Membaca kitab suci Al-quran dn lonceng2 dri gereka berlawan2 sepanjang di Jerusalem. Pelancong muslim dn kristian sama2 masuk dlam masjid yg ditukarkan tempat sembahyang org yahudi dn kristian..

  1. Sy x mahu melawat tempat Nabi Isa dilahirkan kerana kita akan disuruh menundukan kepala sebagai hormat kpd salib dn ugama mereka..

Pokok GHARQOD yg banyak ditanam keliling Palestin..

Pokok GHARQOD yg banyak ditanam keliling Palestin..

  1. Alangkah x malunya Israel mengakui itu negara dn bumi mereka.. Anak2 kecil mereka juga dilatih utk membenci Islam. Kenapa sy berkata begitu pd satu pagi masa lawatan tu Uztzh Hasni mengambil curi2 gambar anak2 israel balik dri tadika yg dlm kawasan lawatan kami tu, anak2 tu menjerit dan marah sekali dgn Uztzh Hasni..

  1. Kami cepat2 beralih perhatian supaya guru atau ulama mereka x perasan dn boleh mengundang bahaya. Sebenarnya ada perkara baik ttg Isreal yg sy belajar iaitu mereka mengkaji Al-Quran dan percaya semua isi Al-Quran..

Ni lah satu2nya pintu utama yg dibuka masa solat subuh.

Ni lah satu2nya pintu utama yg dibuka masa solat subuh.

  1. Contohnya mereka x makan babi, hisap rokok, cermat teliti kerjanya, rajin, mereka sgt menjaga dan mendidik anak2 mereka supaya berniaga dn menguasi ekonomi.. Mereka ibu bapa sgt menjaga anak2 mereka penuh dgn wawasan supaya menguasai.. Sepatutnya kita lah yg berperanan begitu pada fikiran sy..

  1. Kata org2 Palestin org2 Israel sebenarnya takut dgn keimanan dn keyakinan org2 Islam. Dri Quran dn iman inilah yg mereka cuba hapuskan kita tanpa kita sedari kita lalai dgn permainan halus dn bijaksana mereka..

Yg tinggi tu imam besar mesjid Aqsa. .yg rendah tua tu Tok Gurunya.. Imam ni tunjukan dimana pokok kurma yg diberkati berusia ratusan ribu tahun.. kawasan Nabi Isa akan diturunkan dr langit bersama imam mahadi.. dn banyak lagi.. Imam ni boleh fasih bercakap inggeris..

  1. Sebagai ibu bapa peranan kita sebenarnya ialah menyemai generasi Islam yg beriman, berpegang pd Quran, bijaksana, rajin dn memegang ekonomi..!! Adakah sy termasuk dalam golongan ibu bapa yg baik..?? Ya Allah bantulah sy mendidik anak2 sy dn keturunan sy dalam hati yg tetap dalam berugama dn memegang Islam sebagai wawasan hidup mereka..

  1. Pintu Aqsa ada 15 semuanya dan dibuka hanya 1 setiap solat subuh. Diluar dijaga oleh askar Israel dan di dalam dijaga oleh askar Islam. Sy sering konfius kerana askar Israel ada yg memberikan salam kpd kami..

  1. Pd satu pagi keluar dri masjid Aqsa, sy menjawab salam dn senyum pd askar yg sy sangka mereka org Islam. Selepas sy menjawab salam askar itu bertanya kami dri mana.. Kami menjawabnya..

Selepas subug Imam Besar masjid Syeikh Yusuf bawa kami ke kelas hafazan Quran. Ibu tunggal dn yatim dlm Aqsa.

Selepas subug Imam Besar masjid Syeikh Yusuf bawa kami ke kelas hafazan Quran. Ibu tunggal dn yatim dlm Aqsa.

  1. Selepas jauh dri askar tersebut sy dn uztzh Hasni diekori oleh seorg wanita memarahi kami dlm bahasa English “ Kenapa kamu bercakap dgn mereka.. seperti kamu gembira bercakap dgn mereka sedangkan kamu melawat masjid Aqsa yg dimuliakan Allah. Adakah kamu gembira dgn mereka..?? Mereka bunuh kanak2, wanita dan lelaki kami.. KAMU TIDAK DIALU2KAN DATANG KEMARI.”

Ni Syeikh Yusuf bagi penerangan. Alhamdulillah rezeki kami semua.

Ni Syeikh Yusuf bagi penerangan. Alhamdulillah rezeki kami semua.

  1. Dri insiden ini khilaf sy kerana x dapat membezakan askar Israel dn Islam hanya kerana dek menjawab salam itu sy melihat semangat patriotic wanita disini yg bencikan Israel.. Sy terkaget dn cuba memohon maaf pd wanita tersebut. Namun dia x mengendahkan permohonan maaf sy.

  1. Kami teruskan berjalan dan bersembang dan Uztzh Hasni menceritakan pd sy sebenarnya banyak askar Israel yg berkahwin dgn org Palestin dan memeluk Islam. Mungkin mereka juga x suka berlaku zalim tp terpaksa atas arahan org atasan..

Dlm singgahsana Nabi Sulaiman. Dalam masjid Aqsa ni ada penjara jin juga yg diceritakan oleh Syeikh Yusuf.

Dlm singgahsana Nabi Sulaiman. Dalam masjid Aqsa ni ada penjara jin juga yg diceritakan oleh Syeikh Yusuf.

  1. Pd hari jumaat selalu berlaku rusuhan dn kebetulan pd waktu sy di sana sy melihat seorg lelaki tua Palestin mengamuk depan pintu masjid kerana askar isarel lambat membuka pintu. Dia menjerit2 dn menyalakan semangat org2 Islam supaya memerangi Israel.. Sy melihat askar2 Israel cuba berlembut dgn org tua tersebut..

  1. Main menjadi2 org tua tersebut sehingga askar Israel memanggil askar2 bantuan lain. Keadaan jadi kelam kabut dn sy takut tembak menembak berlaku dan org2 Islam Palestin makin rapat. Sy dn Jemaah Msia masuk ke dalam masjid supaya dapat menghindari rusuhan atau tembak menembak.

Kat dalam ni sekolah dn rumah keluarga Salahudin Al Ayubi..

Kat dalam ni sekolah dn rumah keluarga Salahudin Al Ayubi..

  1. Datang kemari mmg xda keselamatan sebenarnya tp yakin bumi ini banyak keberkatan dan kalau nak mati kat mana2 pun mati kalau dah ajal.. Sy cepat2 masuk masjid dan kalau nak mati pun biar dalam solat itu hajat sy..

  1. Kata imam besar Syeikh Yusuf dalam masjid saja ada hampir 1000 kamera x termasuk di luar masjid. Org yg dalam merusuh itu akan ditampalkan pd dadanya kamera dn akan dipantau sehingga dia keluar masjid nanti..

Ni tangkal org Yahudi.. Kalau kita baca A'zubilalahiminashaitan nirojim.. dia letak semua kawasan ada premis atau tempat ibadah mereka.

Ni tangkal org Yahudi.. Kalau kita baca A’zubilalahiminashaitan nirojim.. dia letak semua kawasan ada premis atau tempat ibadah mereka.

  1. Di bumi ini baru sy melihat dri dekat bagaimana mengenali pakaian dn style rambut org2 Israel .Ini pertama kali sy melihatnya dan cara mereka sembahyang.. Sy takut nak ambik gambar..

  1. Pesanan salah seorang guru ugama wanita yg terkenal di masjid Aqsa pd sy.. “Ajaklah saudara mara kawan2 kamu ziarah Aqsa. Jika kamu x datang kami sgt sunyi. Lihat saja saf sgt sedikit. Kedatangan kamu memberikan semangat pada kami. Ramai org kaya x suka kepada akhirat dn melancong ke tempat lain mereka takut datang ke bumi Palestin.”

Ni lah tempat bermulanya perjalanan ke neraka.. Wadi Jahanam namanya.. Palestin ni lah nanti kita semua akan berkumpul di akhirat..

Ni lah tempat bermulanya perjalanan ke neraka.. Wadi Jahanam namanya.. Palestin ni lah nanti kita semua akan berkumpul di akhirat..

  1. Kata Uzzt Al Amin pada sy “Kakak nanti di sana macam2 alamat akak akn dapat bergantung pd seseorang tu yg Allah pilih. Kalau nasib akak baik akak akan dapat kitab2 lama yg sgt berharga nilainya”..

Batu2 ni ialah tanda kuburan sahabat2 Nabi Muhammad Saw.

Batu2 ni ialah tanda kuburan sahabat2 Nabi Muhammad Saw.

  1. Alhamdullilah sy mendapat beberapa nikmat ke sana pemberian Allah dn sy menangis kerana terlalu bersyukur atas nikmat kurniaanNya.

Impian hidup sy dipenghujung usia selagi masih sihat dgn berjalan dimuka bumi dgn rezeki pemberian Allah supaya sy belajar perkara2 baru dn melihat kebesaran Allah.

Sekian pengalaman sy dri Palestin.. InsyaAllah hajat hati sy mahu juga bermusafir ke bumi Morroco Spain..

Kemari sgt bahaya.. Hebron.. Kami menaiki tangga menuju ke Makam Nabi Ibrahim. Penuh askar Israel berkepong.. Mereka sgt menyusahkan kami juga.

Kemari sgt bahaya.. Hebron.. Kami menaiki tangga menuju ke Makam Nabi Ibrahim. Penuh askar Israel berkepong.. Mereka sgt menyusahkan kami juga.

Kami diberi penerangan oleh Uzt Hafiz. Makan di dalam masjid. Makam berwarna biru ialah makan Nabi Ibrahim & Sarah. Anak dn menantunya ada di  sini.

Kami diberi penerangan oleh Uzt Hafiz. Makan di dalam masjid. Makam berwarna biru ialah makan Nabi Ibrahim & Sarah. Anak dn menantunya ada di sini.

Ni antara makam2 yg sy sebutkan tadi.

Ni antara makam2 yg sy sebutkan tadi.

Semasa menerima wahyu.. Beliau mengadu pd Allah merasa berat menerima ayat quran sehingga mencairkan batu yg dipijak.

Semasa menerima wahyu.. Beliau mengadu pd Allah merasa berat menerima ayat quran sehingga mencairkan batu yg dipijak.

Ni mihrab Nabi Allah Zakaria..

Ni mihrab Nabi Allah Zakaria..

Sama makam 40 wali Allah..

Sama makam 40 wali Allah..

Ni mihrab 40 wali Allah bersidang..

Ni mihrab 40 wali Allah bersidang..

Kami wanita di sini sambil membaca maulid..

Kami wanita di sini sambil membaca maulid..

Masa subuh jumaat org2 Islam Palestin tetap mahu bersedekah dn meraikan hari jumaat. Tengok dia bg teh.

Masa subuh jumaat org2 Islam Palestin tetap mahu bersedekah dn meraikan hari jumaat. Tengok dia bg teh.

Anak2 Hebron yg cantik matanya. Mengekori sy sehingga ke bas dlm keadaan bahaya dn lapar..

Anak2 Hebron yg cantik matanya. Mengekori sy sehingga ke bas dlm keadaan bahaya dn lapar..

Allah periharakan mereka.. Amen Amen Ya Rabb. Sy sedih..

Allah perliharakan mereka.. Amen Amen Ya Rabb. Sy sedih..

Melawat kilang berlian di sana. Pekerja mahirnya yahudi. Tengok la setepek kepalanya tak tinggal. Sgt tekun. tu lah mereka bijak rajin dn jahat..

Melawat kilang berlian di sana. Pekerja mahirnya yahudi. Tengok la setepek kepalanya tak tinggal. Sgt tekun. tu lah mereka bijak, rajin dn jahat..

Penerangan wanita Israel.

Penerangan wanita Israel.

Bagaimana mereka proses berlian..

Bagaimana mereka proses berlian..

Kubah nabi tempat nabi bersolat dn mengimamkan para rasul dn nabi seramai 124 ribu.. X termasuk malaikat..

Kubah nabi tempat nabi bersolat dn mengimamkan para rasul dn nabi seramai 124 ribu.. X termasuk malaikat..

Kubah ni tempat nabi kita di mikrajkan..

Kubah ni tempat nabi kita di mikrajkan..

Rumah Magdalea penjaga Nabi Isa.

Rumah Magdalea penjaga Nabi Isa.

Bukti tasik semakin kering dn sentiasa ditambah dek Israel..

Bukti tasik semakin kering dn sentiasa ditambah dek Israel..

Kami dalam bot di tasik galilie.. Camar laut mengelilingi kami.. nak minta roti..

Kami dalam bot di tasik galilie.. Camar laut mengelilingi kami.. nak minta roti..

Kami diberi taklimat ttg tasik yg akan keluarnya dajal..

Kami diberi taklimat ttg tasik yg akan keluarnya dajal..

Kami singgah sebentar melihat masjid ambiyak..

Kami singgah sebentar melihat masjid ambiyak..

Syukur Allah izinkan sy ziarah ke makam wali Allah RABIATUL ADAWIYAH. . sy dah lama impikan ke mari ziarah makam wanita yg sgt sy kasihi dn ikon sy.. Maryam & Rabiatul Adawiah.. Yg sy duduk tempat solatnya.

Syukur Allah izinkan sy ziarah ke makam wali Allah RABIATUL ADAWIYAH. . sy
dah lama impikan ke mari ziarah makam wanita yg sgt sy kasihi dn ikon sy.. Maryam & Rabiatul Adawiah.. Yg sy duduk tempat solatnya.

Lokasinya di bawah tanah..

Lokasinya di bawah tanah..

Hijau ni makamnya.

Hijau ni makamnya.

Penat juga mendaki.

Penat juga mendaki.

Tingkap ni malaikat hantar makanan dri langit buat maryam.. Sy sgt suka mengaji surah maryam (kata guru sy Maryam ni sgt cantik dn bijak). Meskipun susah masa awal2 belajar tu tp nikmatnya sgt mendalam.. Sampai sy namakan anak sy maryam nur amani (wanita cantik solehah cahaya keamanan).

Tingkap ni malaikat hantar makanan dri langit buat maryam.. Sy sgt suka mengaji surah maryam (kata guru sy
Maryam ni sgt cantik dn bijak). Meskipun susah masa awal2 belajar tu tp nikmatnya sgt mendalam.. Sampai sy namakan anak sy Maryam Nur Amani (wanita cantik solehah cahaya keamanan).

Ni lokasi ke Mihrab Maryam..

Ni lokasi ke Mihrab Maryam..

Sini tambat buroq sebelum nabi kita mikraj.

Sini tambat buroq sebelum nabi kita mikraj.

Ni mesjid bawah tanah tempat nabi kita tambat buroq..

Ni mesjid bawah tanah tempat nabi kita tambat buroq..

Tiang besar ni ada beberapa batang dibina pd zaman Nabi Sulaiman.. org x sebut tiang jin.. secara logik zaman dulu tenaga manusia mmg x mampu angkat.. sape lagi kalau x jin yg diperintahkan oleh Nabi Sulaiman..

Kesan tapak kaki Nabi Isa dn dalam kubah ini lah sebenarnya Nabi Isa diangkat ke langit.. Joshua yg dipanggil jesus dek org kristian (nama tu kalau x salah dengar sy) taklimat yg diterangkan dek org Palestin tour guide) sebenarnya yg Allah gantikan utk disalib.. wajahnya sama seperti Nabi Isa ..

Masa kat sini banyak betul org korea.. Europe dtg .. Tempat suci mereka katanya..

Masa kat sini banyak betul org korea.. Europe dtg .. Tempat suci mereka katanya..

Kubah ni ialah tempat Nabi Allah Khidir bersolat. Dia pasti akan dtg sekali dlm setahun dn x tahu bagaimana dia menyerupai, bentuk  rupa parasnya ketika dia dtg..

Kubah ni ialah tempat Nabi Allah Khidir bersolat. Dia pasti akan dtg sekali dlm setahun dn x tahu bagaimana dia menyerupai, bentuk rupa parasnya ketika dia dtg..

Sy mengambil kesempatan bergambar di bawah pohon zaitun yg diberkati.. ada 3 pohon semuanya.. Kesemua pohon zaitun ini hidup dlm masjid kawasan masjid Aqsa..

Sy mengambil kesempatan bergambar di bawah pohon zaitun yg diberkati.. ada 3 pohon semuanya.. Kesemua pohon zaitun ini hidup dlm masjid kawasan masjid Aqsa..

Comments

  1. HANIM says

    excited sy mbaca pengalaman puan menziarahi tmpt2 yg diberkati…SubhanAllah
    terima kasih puan kerna mengupload pic yg byk ..berkongsi..bila lah peluang saya pula

  2. intanazlina says

    seronok membacanya. Terima kasih puan diatas perkongsian…. Semoga kami ada kesempatan dan diberikan rezeki untuk ziarah ke bumi palestin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *