Pengalaman Pergi Haji…

Hari ni last kerja sebelum cuti Raya Haji…dan ofc buka balik 7hb Okt 2014… Mood ari ni sayu sedih sekali sbb tak dapat buat haji tahun ni… HAJI AKBAR bukan senang nak dapat.. Pahala dan ganjarannya sangat banyak lebih dari haji pada tahun2 yg lain.. PAHALANYA 70 KALI GANDA DARI HAJI BIASA… Bertuahlah siapa yg jadi tetamu Allah pada tahun ni..!!

Hari ni saya nak tulis pengalaman sy buat haji tahun 2006 (9 tahun lepas).. Alhamdullilah dapat juga merasa Haji Akbar.. Sy rasa rugi dan sedih sbb sy tak dapat pergi tahun ni… Niat hati mmg nak pergi.. Allah tak jemput maka tak sampai sy kesana tahun ni..

Doa lagi banyak2.. Semoga Allah tuliskan takdir sy dapat buat haji serta bertemulah dgn haji Akbar akan datang dengan mendapat ganjaran haji yg mabrur… Semoga Allah menjemput juga siapa yang baca blog saya ni.. Allah melapangkan rezekinya.. Perbaiki kehidupan dan amalnya.. Agar mereka merasa menjadi tetamu mu Ya Allah, anugerahkan mereka nikmat manisnya kecintaan iman dalam mengerjakan ibadah haji untuk menyempurnakan rukun islam..!! Amen Amen Amen Ya Rabb..

5hb Okt 2014 ni kita sambut Hari Raya Haji. Kalau dikampung sy Selangor dan Felda, N.Sembilan..  Raya Haji tak meriah sambutannya tak macam di negeri Kelantan.. Meriah sangat2 katanya.

Hari ni saya nak tulis pengalaman mengerjakan haji tahun 2006, selama 44 hari kami disana.. Alhamdullilah dapat juga merasa Haji Akbar..tu lah sedih lagi ni.. Sbb sy tak pergi tahun ni… Niat hati mmg nak pergi tahun ni, Allah tak jemput maka tak sampai sy kesana tahun ni..

Masa buat haji dulu tu, sy pergi bertujuh.. Mak dan arwah abah, 2 org bapa saudara sy orang susah,  anak lelaki sy dan sy suami isteri. Sy pergi ikut muasasah Tabung Haji jer..!! ( MAAF SY TAK ADA GAMBAR MASA HAJI..)

Sy sengaja ikut pakej yg murah. Masa tu saya mampu nak pergi ikut pakej mahal tapi sy nak menghayati kehidupan orang kebiasaan (orang susah) Bagi sy Allah menilai ibadah haji bukan “ikut pakej mahal atau murah” .. Tapi nilai ikhlas hati dan ibadah orang tu.

8 hari kami di Madinah cabaran tak hebat mana sy alami jika dibandingkan semasa di Mekah.. Dugaan haji berat dan sebab tu bukan senang nak dapat haji mabrur. Masa di Madinah sy paling takut dan tidak suka dgn orang kulit hitam dr Afrika dan Nigeria. Badan mereka besar, garang, dan pentingkan diri..Semasa solat mereka akan menolak orang lain dan kerap sy lihat pertengkaran dalam mesjid..

Sampai diMekah kami semua 1 floor cuma asing lelaki perempuan..Sy dgn mak sebilik ada lagi 3 wanita lain dari negeri 9. Sy paling muda waktu tu ..Manakala suami, anak lelaki, abah , dan 2 orang bapa saudara dan seorang imam dari Sg Hj Dorani berkongsi 6 orang dlm satu bilik..

Cuaca sangat sejuk dan ramai yg sakit termasuklah Pak Ngah sy yg ada penyakit saraf..Abah sy tak boleh berjalan hanya menggunakan kerusi roda . Alhamdullilah suami dan anak lelaki sy menjaga abah.. Sy pula menjaga mak yg x boleh berjalan..Semasa di Madinah sy masih mampu makan makanan Tabung Haji..

Selepas hari 9 kami terus Ke Mekah dan meneruskan ibadah seterusnya..Apa yg sy ingat semasa buat ibadah tu ialah beberapa insiden yg sy x boleh lupa utk dikongsikan sebagai iktibar sepanjang sy disana.. Selepas hari ke9 dugaan perjalanan haji lebih berat dan menduga kesabaran , ada gak lucunya jom scroll baca lagi ..!!.

Semasa Wukuf dan bermalam di Arafah.. Sy terbayang macam mana agaknya kesesakan hari akhirat yg tak da penghujung hentinya..Semua manusia sama sj pakaiannya tak kira kaya miskin..Cuma kemah orang kaya tak sesak macam kemah kami pakej muasasah…

Kalau nak buat ibadah haji kena banyak belajar ikuti kursus haji..Bagi sy umrah tak susah mana haji lebih rumit ..Nak buat haji kena faham betul2 dan carilah kawan yg betul2 ada ilmu serta pengalaman sebagai rujukan. .

Siapkan mental dn fizikal..KALAU TAK SEDIA, HAJI TU SIA2 JE BUANG TAMBANG DAN MASA.!! Ilmu penting, mental tahan dgn sebarang ujian org ramai , cuaca , kewangan, kesabaran, kesihatan, kecukupan ilmu dn tenaga…Sy nasihatkan kalau ada duit pergi lah masa muda sbb kalau dah tua susah.. Melihat orang tua 2 kesian uzur dan ada yg tak faham nak buat apa, amalan apa seterusnya..kes sesat sangat ramai..sakit..yg pelik makin tua makin banyak ragam kesulitannya..

Khemah jemaah wanita

Khemah jemaah lelaki

Semasa nak melelapkan mata ..Hati kecil sy ada terdetik ”  patutlah ada orang kaya yg biasa hidup selesa tak nak ke Mekah kerana tiada tilam empuk dan keselesaan..”

Kami muasasah ..makanannya sgt lah tidak sedap sampai abah tak sanggup nak cium bau makanan je dah nak muntah..tidur lagi teruk jika dibandingkan pakej mahal..Baring hanya atas pasir lapik karpet saja, sejuk mengigil sampai ketulang, masa ketandas paling azab.

Tandas jemaah wanita

Tandas jemaah lelaki

Tandas sangat susah bagi orang yg uzur. .Sedih sangat mereka mengesot dalam keadaan sejuk dan ramai juga yg tak dapat tahan tunggu giliran..Nenek2 dn makcik terpaksa kencing depan tandas . jika orang itu tak mendalami hatinya kepada islam iaitu mencari kenikmatan iman..cuma mengejar kenikmatan dunia pasti mereka xmahu kemari ..apa lagi mengejar utk buat ibadah haji.Lebih seronok ke London Paris”

KEJADIAN IKTIBAR PENGALAMAN HAJI

1: Kutip batu ..tapi kutip tahi unta..

Malam gelap dan bila uzur atau kurang ilmu ada jemaah kutip tahi unta yg disangka batu..Maka x sah untuk melontar..

2: Pak cik tua asyik nak ke bilik berkat ( bilik suami isteri buat projek usha sama hi hi hi)

Suami sy paling muda dan dibagi dek pihak Tabung Haji untuk menjaga kunci bilik berkat..Tiap hari Pak Cik ni minta kunci sampai malu Makcik tu..kerana dia sebilik dgn sy.Kalau tak dituruti dia akan mengamuk marah2 mencari isterinya dibilik kami. Kata isterinya dia tak macam tu dikampung asyik nak je..Bukan muda 80an. .!!

3: Pak Cik Tua Tak Nak Ke Mesjid

Pak Cik yg sama juga yg tiap hari ke bilik berkat tu..! Sepanjang di Mekah dia tak mahu kemesjid langsung..(Pelik dan ruginya..) Dia nak isterinya sentiasa melayaninya..Kata isterinya semasa dikampung mmg suaminya tak mahu mengerjakan haji..Isterinya yg memujuk agar suaminya berubah lebih kpd ugama..Semasa dirumah pun tak mahu ke surau walaupun dekat rumah. Semua yg buruk Allah tunjuk masa disana, sikap kita sebenar di bumi yg kita duduk..

4: Suami isteri semakin bahagia semakin banyak amal sampai ke Mekah..

Kebanyakan kami mmg dekat2 dgn family masing2.. Cuma asing bilik lelaki dn perempuan..Sy sangat cemburu melihat pasangan ini..Suaminya sentiasa mencari isterinya waktu makan dan waktu solat..Cerita isterinya kpd sy semasa dikampung dia mengajar anak2 orang kampung mengaji AlQuran, Anak2 mereka semua menjadi dan  baik2 ( soleh.) .Suaminya sgt menjaga akhlak bersama isteri, anak2 & menjaga ibadah dan keperluan rumah ..Sampai di Mekah setiap hari suaminya menyatakan..” Sy rasa tak boleh tak pandang kamu Mah, rindu layanan kamu kat saya macam rumah,, Alhamdullilah dapat kita buat haji dan besarkan anak2..Allah bagi sy isteri baik dan perkahwinan sakinah mudahan kita bersama sampai ke syurga” ..Isterinya kata makin bahagia dengan rezeki Allah walaupun hidup tak kaya raya..Tapi lebih bahagia nikmat hidup dalam beribadah, berkasih sayang tenang kehidupan.. Makin tua makin bahagia..

5: Anjing Hitam keluar masa tawaf..

Tawaf Haji sangat susah dan lama baru siap 7 pusingan.. kerana padat dgn orang..Kena pula org arab badan besar, kami orang asia kecik senang sangat2 jatuh di tolak mereka..Sesak ni ada yg pitam..Dalam kesesakan tawaf muncul anjing hitam yg besar mengejar seorang jemaah katanya yg menjadikan saat tawaf kelam kabut..Sy tak tahu kesahihan cerita ini tetapi ia diceritakan oleh jemaah lain kepada sy ..

6: Wanita miskin yg pelik bertukar jadi terang dan cantik..

Sy dan anak lelaki pergi beli kentucky ..Teringin nak makan bosan dgn makanan tabung haji..Satu sy makan berkongsi dgn anak lelaki sy . 1 lagi sy belikan tapau untuk mak sy di hotel.. Selepas membeli makanan sy duduk luar mesjid sambil memerhatikan keadaan org ramai..Ada seorang wanita kurus nampak miskin tak jemu2 berzikir sambil kesejukan..

Matanya ada menjeling kepada makanan kami.  Anak lelaki sy yg agak nakal memerhatikan gerak geri wanita tu..” Mak pompan tu lapar dia minum bekas air orang ..”Anak lelaki sambil ketawa dan mengumpan dengan memberi roti kami pula..Wanita tu ambil dan masih berzikir tanpa mengucap terimaksih..Anak lelaki sy marah.” .Alah hai dah bagi pun x cakap terimakasih, ha nah ambik tulang2 ayam bekas sy ni “..

Sy tersentap anak sy buat macam tu..Wanita tu tetap ambil dan makan tanpa peduli bekas orang..adoiiiii buruk betul sikap anak sy ni..! Dalam hati sy dalam ibadah haji malaikat boleh menyerupai manusia utk Allah menguji iman kita..Sy malu dgn anak sy..Sy bagi set ayam yg nak diberikan pada mak sy

kepada wanita tu (sy akan beli baru utk mak) dan stokin kaki supaya dia kurang sejuk..

Anak sy marah2..” Mak tu nenek punya lah.. Buat apa bagi pd org yg xtau berterimakasih”..Anak sy masih mentah dia hanya nampak nilai terimakasih ..bukan kerana Allah..

Selepas sy berikan wajah perempuan tu bertukar sgt cantik dan bercahaya..mendoakan sy tinggi tangannya masa berdoa.. Sekelip mata lepas tu pompan tu dah hilang dari depan kami..tegak bulu roma sy..Siapa kah wanita itu sebenarnya

7: Suami baran nak pukul isteri depan mertua..

Ia sgt mengejut kami.Jemaah di bilik sebelah kecoh dan memalukan sungguh..Nampak luarannya pasangan ini serasi dan nampak berugama..Kami tak tahu apa puncanya suami wanita itu sanggup memaki, bergaduh dan nak bertumbuk dgn isterinya depan ibu mertuanya..

Allah nak tunjuk sikap lelaki ni pada kami, meskipun nampak alim dan baik budinya depan mertua dan orang ramai..Namun sikap sebenar lelaki ini ..hanya dia dan isterinya yg lebih tahu..Sikap baran dan pembegis tidak dapat disorokan dan lelaki itu lebih pentingkan emosinya sampai hilang malu pd org ramai, mana niat ibadah atau tak malu ke depan mertuanya..Banyak org banyak ragam..banyak pula tipunya..

8: Pakcik uzur masih riak..

Pak cik ni dah lah di sponsor bawa ke haji masih boleh cakap besar dan riak yg anaknya kaya dan jutawan..Kenapa dia tak pergi dgn anaknya sj kalau betul nak riaklah yang anaknya kaya..Masa ibadah jangan cerita pasal kaya lahhh..Kalau kita tak malu pada orang (sbb nak tunjuk kaya)…Kita kena malu kat Allah.. Sbb yg kaya Allah bukan kita hambanya.. Kita ni sekadar meminjam pun mau eksen ke.??.

Tak lama dia sakit dan cirit birit badannya jadi lemah dan kami bantu dia bawa kehospital .Pak Cik ini diterbangkan balik awal ke Malaysia..Sebelum tu kami melawat nya dan dalam hati sy berkata manusia diberi sedikit kelebihan sering lupa..hanya kerana dek permainan dunia..

9: Jemaah Indonesia kebuluran 

Semasa disana Tabung Haji servicenya mmg paling baik..Masakan mmg tak sedap lah..Tapi syukurlah dari tak dapat makan ..Jemaah Indonesia masuk ke kemah kami merayu2 minta makanan sangat lapar..Sedih dan kasihannya..Terbayang sy dipadang mashar kita nanti bagaimana…??? Perit lapar panas dengan matahari sejengkal. Disini boleh lagi mereka meminta makanan dari kami jemaah Malaysia..

Alhamdulillah sy dan suami sering mengerjakan Umrah sebelum ini  dan ramai kenalan disini.. Meskipun sy ikut pakej murah sy boleh sewa hotel dan tidur kerumah kawan tak perlu guna bilik berkat pun.. kih kih kih.. Bagi lah peluang dekat jemaah lain. Kebanyakan jemaah orang susah…

Kalau sy  nak makan sedap sy masak atau sy order dgn kawan sy masakan dari rumah mereka ..Semua barang dan makanan musim haji sangat mahal. Mehoon sesenduk kecil RM 5 riyal..

Kesimpulan dari pengalaman haji apa yg saya dapat ialah :

  1. Ibadah haji ialah pembersihan jiwa ..bukan mudah nak buat dan nak kontrol jiwa..
  2. Jika nak haji setakat nak gelaran haji atau hajjah.. Sgt bodoh org tu.. Kerana org Mekah Madinah tak perlu status tu pun..Kalau setakat pergi haji nak menunjuk baik jgn pergi.. Pergi Bandung jelah..
  3.  Sy kagum org pergi haji kumpul duit Rm5 sehari selama berpuluh2 tahun..Cita2 nak buat haji selepas anak habis kerja.. Hebat orang ni disisi Allah.. Bagi org yg rezeki banyak tapi tak nak dan sayang duitnya pergi  haji.. Beribu2 kali rugi jadi org islam..
  4. Islam mampu mengumpulkan semua umatnya ditanah gersang, bumi Rasulullah berjuang dgn mengagungkan Allah..Suasana haji 1 keajaiban yg paling luar biasa..
  5. Sy bukan arif bab haji umrah ..ini sekadar coretan sy yg tidak berilmu. MAAF KAN KESALAHAN SY DALAM SEMUA PENULISAN.. Jika ada rezeki lebih kita buatlah ibadah korban..Masa raya posa kita dah sibuk buat kuih raya je kan.. Haa simpan azam masa raya haji sedia kan budget buat ibadah korban pula..

Orang susah jarang2 dapat makan daging.. Masa raya haji ni mereka seronok dapat makan sedap hasil daging korban.. Bertuah kita Allah pilih antara orang yg mampu berkorban.. Dapat bagi makan orang susah makan daging segar, kuat badan mereka dapat makan daging korban tu…!! Mereka ni mudah bersyukur dan melapangkan kepada orang yang lemah.. Saya yakin bila kita bahagiakan orang, Allah akan bahagia kan kita. Begitu juga sebaliknya..

Binatang korban tu akan jadi kenderaan pulak masa kat akhirat .. Tak mahal macam beli Myvi pun..!! Tu saya nak tegur kat diri saya sendiri ..” Jangan  kat dunia je ada kereta, kat akhirat nanti tak da kenderaan nak naik dan tak boleh tumpang2 masa tu..kena ada kenderaan sendiri.. So standy kenderaan kita mulai sekarang untuk akhirat nanti..

Kat sana nanti tak pakai petrol dah, rasanya tak pakai kereta dah..!! Harga duit kat dunia matawang haaaa …kat akhirat pakai amal dan sedekah jariah je..Dunia ni tempat kumpul saham akhirat..

Pesan sy kat diri sy sendiri ..” Halooo kawan masuk dalam tanah kubur peluang nak balik mmg tak ada dah..” adoiii  takutnya aiii…Emrrhhh nak nangis dah ni..Apalah habuan saya nanti kat sana nanti..Rabbana atina Fidd dunia hasanah wafi akhirati hasanah wakina azabanar ( Su cari ni dan cari doa selamat dari siksaan kubur ) Salam Aidil Adha buat anda semua..Hati2 memandu cuti panjang ni…

Blog ni saya nak tinggalkan semua kenangan dan sejarah saya.. Kut ada amal perbuatan melalui tulisan saya yang baik mungkin boleh bantu orang lain ..Itu paling utama hajat saya..!! Saya cemburu sangat arwah penyanyi nasyid Uztaz Mohd Asri, zikir azannya masih berkumandang.. Ulama Hassan Al Banna , tulisan dan susunan zikirnya banyak orang amal selepas kematiannya..Ulama besar lain jangan cakaplah hebatnya ilmu mereka yang ditinggalkan.. Saya ni tak ada apa pun ..!! ..Selagi ada umur saya cuba nak buat yang baik2 supaya Allah pandang saya..

 

Comments

  1. Ekyn Zainuddin says

    Allah seram nya dgr cerita sshnya nak buat haji.. bcita2 tahun ni nak buat haji jika bkelapangan, sbb next year insha allah nk blk dok Msia..sementara masih disini hati ni bcita2 nk buat haji tp bila bc pengalaman puan trus bpeluh gementar.. Allahuakbar moga dpermudahkn urusan kami kelak.. amin

  2. says

    Assalamualaikum Puan Rozita,
    tersentuh hati saya membaca coretan ni.. bergenang airmata saya.. rindu betul pada bumi Mekah dan Madinah… :)

    Alhamdulillah saya di jemput menunaikan Haji tahun lepas 2014. Memang betul seperti puan katakan, besar sungguh ujian menunaikan Haji. Banyak airmata tumpah di sana menyesali kekurangan diri.. Pun begitu, Subahanallah.. seronok sebenarnya sepanjang di sana. Walaupun perit, tapi kalau dijemput lagi.. TENTU NAK PERGI LAGI….!! hari-hari ke sana pun sanggup…. :)

    Bumi Mekah dan Madinah penuh barakah….. hati yang keras jadi lembut di sana… InsyaAllah…

    Terima kasih Puan atas coretan bermanfaat ini… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *