Rahsia kesembuhan dari epal…

Tajuk : Rahsia kesembuhan dari epal

Apa yg sy nak tulis sebenarnya pengalaman mengenai epal dan kebaikannya ..Bukan niat sy nak agungkan buah-buahan luar negara ni..Melihat pengalaman abah yg sakit dan dirawat boleh pakar sakit tulang alternatif yg sy jemput khas dari Indonesia tu yg menarik utk sy kongsikan di blog sy..

Sayangnya sy lupa namanya dan hilang semua kontek nombor , dah lama sangat kisah ni. Kebolehan pakar dari Indonesia ni, sangat banyak, ia tahu tahap sejuk dan darah yg tidak mengalir lancar pada bahagian badan arwah abah..

Sy mengenalinya dari cadangan seorang kawan yg pernah berurusan dengannya.. Dirumahnya di Indonesia berbaris org nak tunggu giliran utk berubat.. Dia berugama Kristian.. Ramai yg sembuh dgn kaedah rawatannya. Ilmunya sgt sy suka bukan dari mantera atau jampi..  Sy sanggup ikhtiarkan untuk abah kerana kesian dan sedih melihat arwah abah begitu sengsara melalui hidupnya siang atau malam..

Melihatkan abah sakit sebagai iktibar utk sy menjaga kesihatan, rutin kehidupan dan pemakanan harian. Sesabar dan setahan mana pun arwah dalam menahan ujian sakit, ada juga dia menyuarakan “kaki ni dulu banyak jalan dan kuat kerja sebab tu sakit..”..

Malam hari dia berguling2 kesakitan pada tulang belakang dan kakinya.Dihempas2 kakinya supaya ada rasa..Sedih kalau tengok.. Hospital mana sy tak bawa, Glinigal, Selangor Medical Centre, Shah Alam Medical Centre.. Hospital Sg Buloh pun sy bawa gak.. Sakit abah susah nak sembuh. Sekadar menahan sakit  jelah.. Ubat2an hospital tu sgt bahaya sehingga rosak buah pinggang dan saluran kencingnya ..

10733423_602969416493138_259240038_n

Selepas 6 bulan buat pembedahan jantung, abah  menderita sakit tulang belakang pulak..dari elok berjalan dia terpaksa mengunakan alat sokongan utk berjalan akibat sakit tulang belakang tu.. Doktor suruh buat pembedahan tulang belakang pula..Kata doktor lepas bedah tulang belakang x sakit lagi kerana ada tulang lebihan yg kena buang.. Tapi peluang berjalan normal hanya 50 %.. Sy x paksa abah utk buat pembedahan, kerana katanya saat pembedahan jantung sgt menakutkan.. Kerana tak tahan sakit tulang belakang abah akhirnya mengalah dan rela di bedah utk kali ke 2. Selepas dibedah abah tak boleh tidur kerana menahan sakit dan terpaksa makan ubat tidur dan pil penahan sakit yg paling kuat utk tidur…Dia meniarap beberapa bulan ..!!

Sedihnya dan kesal tak terhingga bukan makin sembuh sakit tulang belakang tetapi  lepas bedah abah tak boleh berjalan terus dan deria rasa pada kakinya hilang semua… Setinggi2 ilmu manusia tak ada yg tepat walaupun doktor pakar ..!! Kesembuhan hanya milik Allah jika di izinNya..

Bila kami bawa kepakar lain di hospital yg sama di Damansara,  pakar lain tu mengatakan Doktor yg buat pembedahan tu salah bedah. Boleh  doktor buat macam tu..?? TERNGANGA KAMI DAN SY BAYAR PULUHAN RIBU UNTUK ABAH SEMBUH , HASILNYA ABAH MAKIN DERITA..

Semua pakar kami ronda buat appointment sbb sakit abah sgt banyak.. Bila bertembung dgn doktor Dillon (yg salah bedah abah : kini dah x berkerja di Damansara Specialist) dia mengelak2 dan muka takut, sy terfikir nak saman tapi kata anak sy “kita dah sign masa bedah mak , susah nak menang”. Sy suarakan kesal sy pada pakar yg lain ttg doktor Dillon.. ( sy xkan lupa nama ni) Jangan percaya dengan semua pakar berhati2. ..

Sy marah dan sakit hati dengan doktor pakar bedah di Damansara Doktor Dillon pakar saraf , seluruh keluarga panas hati dengannya… Hospital kerajaan lambat, dn sy  ingat swasta service bagus, ubat bagus.. Dah begitu takdir nasib arwah abah..

Pernah kami belikan abah sup panas (tapau bungkus plastik) dia letakan sup panas di hujung kaki.. semasa dlm kereta kakinya melecur teruk tetapi dia tidak merasa sakit walau sedikit pun… Yg parahnya ialah luka selepas lecuran tu merebak dan bahaya kerana mengundang kuman… Itu baru 1 iaitu masalah saraf..!! Yg lain lagi. sakit abah ialah tulang belakang , jantung, kolestrol, buah pinggang, pundi kencing, darah tinggi dan akhirnya arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman..

Kami x biarkan abah berubat dgn hospital sj semasa hayatnya masih ada..Selingan sy juga mencuba beralih kepada rawatan alternative kami bawa abah kemana sj yg boleh utk berikhtiar, kut kut ada jodoh kesembuhan.. Merata juga kami ikhtiar kan..

Akibat terlalu banyak makan ubatan hospital telah merubah persepsi sy terhadap kesihatan dan perubatan dadah.. Wang yg banyak meskipun mampu merawat abah tetapi organ, kaki, kesihatan sama sekali tak boleh dibeli dgn wang atau kemewahan.. Kerap berjumpa pakar dan melihat tiada jaminan utk sembuh, hanya menahan sahaja ubatan hospital..

Kembali kepada dukun saraf yg sy terbangkan dari Indonesia utk abah.. Kemahirannya membetulkan perjalanan darah ia membungkus kaki abah dgn kaedah alternatifnya, senaman yg diajar kepada abah dan amalan minuman setiap pagi dari jus buahan..

Meskipun tidak boleh berjalan  kembali, sakit abah semakin kurang.. Kaki yg bengkak dan sentiasa sejuk kembali surut dan segar kerana darah jalan dengan sempurna. .Jika abah dirawat cepat dgn org Indon abah mungkin sembuh tanpa bedah..!!.. Kata org Indon selepas pembedahan jantung, urat kaki abah di potong itu menjadikan darah sangkut2 dan mengakibatkan saraf lemah, selain itu banyak melakukan pembedahan major dan ubatan yg melemahkan saraf dan sel2 dalam badan..

Saya dapat tahu kebaikan epal selepas melihat arwah abah dirawat oleh pakar tulang paling terkenal dari Indonesia ini..

RAHSIA MAKAN EPAL

Minuman abah setiap hari yang disuruh ialah karot dan epal hijau..tapi saya menambah dengan buah oren. Adakalanya saya campur dengan buah delima , akar pegaga dan timun..Nanti bila2 sy free sy tulis kenapa sy ambil bahan2 lain semua ada cerita disebalik buah2an atau apa sj yg sy ambil.. Apa pun Allah yg lebih berilmu dan mengetahui..

Epal ni  ada bahan aktif Fitonutrien boleh mengawal gula darah anda dan melalui pelbagai mekanisme ditemui dalam epal .. Enzim yg ada pada epal cepat memecahkan karbohidrat dan kompleks gula.

Ia mengurangkan penyerapan glucose dari saluran penghadaman. Merangsang sel-sel beta pankreas supaya mengeluarkan insulin. Mudah  untuk mengawal gula dalam darah. Ia bagus diamalakan harian untuk mengurangkan lemak badan dan mengawal masalah sakit jantung. sewajarnya sy katakan epal bermanfaat utk kesihatan :

  1. Makan sebiji epal saiz sederhana lebih kurang 15 minit sebelum makan akan menurunkan  kalori pada waktu makan sebanyak 15%. Contohnya kalau purata makanan sehari 1,240 kalori, pengurangan sebanyak 15% bermakna pengurangan sebanyak 186 kalori…Sbb tu agaknya abah x gemuk walaupun tidak aktif bergerak.. x boroi…
  2. Makan epal membantu membunuh bakteria dalam saluran usus besar. Hasil daripada perubahan ini metabolisme di dalam usus besar juga berubah yg menyumbang manfaat kesihatan.
  3. Amalan memakan epal dapat melindungi kulit dari sinaran UV-B. Banyak bahan semulajadi pelindung matahari semula jadi  dari epal itu. ( Sy ada buat kosmetik dari bahan spesis epal)
  4. Epal mengalakan pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin dan mengimbangkan gula dalam darah menjadi lebih baik. ( bagus utk kencing manis dan seimbangkan gula dalam darah)
  5. Banyak memakan epal akan mengaktifkan sel2 dalam badan, darah menjadi lebih baik..
  6. Untuk wanita epal bagus melawan sel2 kanser . Umumnya ia bagus merawat kanser usus dan paru2..Ia bagus juga nak kurangkan asma..
  7. Amalan memakan epal akan melambatkan penuaan otak dan antioksidan tinggi yg membuatkan orang lambat tua..

Begitulah kisah epal kerana teringat sy kat arwah abah.. Alfatehah buat Arwah Abah, Ibrahim Asaari… Esok kita cuti dan jumpa lagi isnin nanti, Inshaallah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *