Resepi Biskut Semperit Dahlia..

Assallamualaikum¬†Sy dapat asalnya dari kawan sy nun jauh di Australia. .Milla..!!Sy try buat sekali milla. Sy rasa ada yg sy boleh adjust so. Sy adjust sampai sy dapat test yg sy cuba dapatkan .. 4 kali sy ubah2 resepi asal tu ( sy kaji kelemahan kenapa kembang..keras masa tekan, tak dapat wangi yg sy nak).¬†Dan hari ni jadi ..So sy share utk semua nak mencubanya… Step semua x tukar bahan sj sy adjust..

Nota : Biasanya¬†kalau samperit lepas buat bunga nya akan jatuh sedikit selepas dibakar..Tips sy dapat nak elakan ialah masa putar gula dgn butter jgn kuat sgt… Sederhana je dn kejap.. Kacau dgn senduk kayu tau.. Bukan pemutar..!!

Dan lepas adun rata semua bahan.. Jangan terus terap..Biarkan 30 minit baru terap dgn acuan. (angin akan sejatkan adunan)… Bunga akan stay tegak..Dan cantik selepas dibakar.. Bahan yg sy alter ni juga lebih rapuh dan wangi..Selamat mencuba..
TERIMA KASIH KAT MILLA.. SGT DI HARGAI PERKONGSIAN DI FB.. KITA DAPAT ILMU..

Resepi dari : Milla Australia ni yg sy ubah sedikit.. Beza dari kualiti asal dan rasa. .

Bahannya:

  • 500 gm butter
  • 2 cwn gula aising
  • 2 1/2 cwn tepung kastard
  • 3 1/2 cwn tpg jagung
  • 3 cwn tpg gandum
  • 2 bj kuning telur
  • 2 sd teh esen ros
  • ceri merah di potong kecil or sebarang deco utk hiasan

 


CARANYA:

  • -Pukul butter dn gula aising menggunakan spatula or senduk sehingga sebati(x perlu sampai kembang )
  • -Masukkan telur dn esen vanilla..kacau sebati
  • -Masukkan tpg kastard dan gaul sebati
  • -Masukkan tgp jagung dn acau sebati
  • -Masukkan tpg gandum sikit2 sehingga terbentuk doh yg lembut
  • -Masukkan sikit adunan ke dalam acuan semperit dn tekan ke dlm loyang dh di lengserkan sikit butter
  • -Hiaskan dgn ceri yg telah di potong or cokalt chip or sebarang deco ikut ke sukaan kita.
  • -Bakar pd suhu 170C selama 10-15 minit…bergantung pd kepanasan suhu dn masa oven masing2..
  • -Sejukkan sebentar sebelum di letakkan pd jaringan
  • -Bila betul2 sejuk..masukkan ke dlm bekas kedap udara supaya x masuk angin..

 

Comments

  1. siti fadillah says

    Tenkiu Puan, nak try plak resepi puan…tenkiu juga nge tips2 tu, kena take note selalu tak jd sbb tu la… resepi sama aje….

  2. jamilah nur says

    sukatan cawan, guna cawan yang macam mane ea.
    untuk kesemua bahan kat atas nak ngamkan dengan butter. Thanks.

  3. Syahira says

    Saya nak tnya…cmana nak elakkan ceri jatuh dr samperit…slalu lps bakar,bila angkat…ceri tu xlekat kuat…ada bhan x nk letak atas ceri utk kuatkan lekatan ceri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *