Sepupu suka dalam diam.. Dugaan NoorAini : Part 73

Sy sekarang jarang update FB atau blog, sy takut sangat setelah sy mendengar keburukan niat dn dosa yg berterusan akibat salah tulis atau niat yg x mendatangkan kebaikan kelak akan dibicarakan di mahkamah akhirat..

Atas permintaan ramai sambungan Dugaan Noor Aini, sy menulis lagi..

Alkisahnya..

Setelah beberapa hari di rumah kini tiba masanya kembali ke KL.. Jujur sy kongsikan selama beberapa bulan duduk KL sy tak merasakan KL itu tempat yg menyeronokkan… Langsung x seronok.. Sempit sesak.. kotor jauh dri bumi yg indah dn bukit yg mendamaikan..

Kebetulan sy duduk dirumah setinggan, sy x pernah melihat atau lalu di perumahan mewah. Makanya sy beranggapan begitu..

Detik hati kecik sy tika itu kalau berduit mmg seronok duduk KL macam tu lah fikiran sy masa dulu. Jiwa remaja sy waktu tu melonjak suka kepada tamadun dn mahu mengikuti arus kemajuan.

Macam mengarut dn mustahil sy boleh seiring dgn kemajuan kerana apa adanya diri sy ni, 0..!! Xda apa pencapaian yg boleh dibanggakan.. Kini sesudah berusia fahamlah sy “Manusia menjalani takdir hidup masing2.. Anak dn ibu juga x kan sama nasibnya”..

Zaman berubah, manusia berubah, inikan pula hati.. Setelah berusia  baru sy sedar sy suka kemajuan  dn masih tinggal dibandar.. Tp sy nak berumah dalam hutan yg jauh dri kemajuan. Hanya sy dan dunia sy.. binatang ternakan dn tanaman.. “terasa dunia terhenti sy rasa kembali kedunia kanak2 sy”.. Sampai masanya sy mahu habiskan usia cari damai dn bersendirian dgn alam dan PenciptaNya..

 

Seterusnya kisah silam sy.. Dugaan Noor Aini…

Anak2 sudah faham dn lali yg sy akan pergi lagi.. Kali ni mereka kuat dn bertabah hati melepaskan sy pergi. Sy x lagi menyorok2 balik seperti pencuri nak melepaskan diri..

Sepanjang cuti 5 hari sy melihat pendapatan disini teruk semakin sejuk suram, begitulah kata ex suami dn jiran sy.. Ex suami sudah pergi menoreh tapi x boleh lama dan anak2 dijaga oleh jiran sebelah rumah yg sy panggil Lek (Mak Cik)..

Pendapatan ex suami sekali turun menoreh dapatlah dlm Rm10 ke rm25.. bergantung cuaca, harga getah dn musim getah banyak atau tidak.. Tu pun x tiap hari boleh menoreh.

Setiap kali balik sy akan memberikan wang gaji kerja kilang tu, buat belanja  ex suami bersama anak2.. Kepulangan kali ni menyenangkan ex suami sudah berjaya menjual kedai kami (pembeli  bagi duit deposit..)

Sy kata pd ex suami hanya dgn menjual kedai tu kami akan berkumpul dn pindah semuanya di sana.. Duit deposit tu dia pegang.. Sy percaya pd ex suami dia x berjudi, kaki perempuan malah xboros..

Sy akan pulang esok sebelum berangkat ke KL seperti biasa, Mak Mak mmg suka berpesan kpd anak2..”Kamu semua doa banyak2 supya kita cepat ada duit dn akan pindah semua ke KL x lama lagi”.. Anak2 gembira dgn kata2 sy dn ex suami mengiayakan kata2 sy “Mak rajin kerja dapat duit Abah kumpulkan dn jual kedai ada buat tambah.. Jangan degil sama2 jaga Ani! Anten jangan nakal susah Abah dgn Kak Yati jaga”..

Kami bercita2 sekeluarga.. Indah moment tu, meskipun nilai kecil sgt berharga bagi org miskin.. Nikmat syukur, kecukupan, jiwa si miskin hanya nak bersama anak2nya..!!..

 

Pembaca yg sy muliakan..

Jika ditanya pd sy apa slogan dan kata2 berhikmah  ttg family.. “Carilah harta mengunung sekali banyaknya pun.. Xkan sama nilai berharganya yakni berkumpulnya sebuah keluarga dgn bersatunya keturunannya..”..

Kerana cita2 ibu yg x kesampaian sy merasa kecewa sebagai ibu sekali gus sebagai ketua family dalam hal menyatukan, menyedarkan, membimbing itu adalah kerja paling sukar..

Siapalah sy dalam menentukan takdir hidup sendiri, setelah sedar dgn mendengar majlis ilmu yg mana sy dan manusia lain dalam genggaman Allah..

Kepada para ibu yg seangkatan usia dgn sy myb lebih memahami apa maksud tersirat ini, perkongsian jiwa keibuan sy ini pernah juga sy mengalah sehingga antara doa sy “Ya Rabb kiranya sy ibu yg jahat ampunkan sy dn betulkan sy ini.. Tunjukan jalan yg lurus, dn sy binggung adakah betul tindakan sy sebagai ibu ya Allah..!! “

“Sesungguhnya kpd Mu sy akan kembali dn jangan sekali Kau ambil nyawaku dalam keadaan Engkau x redha pd ku iaitu aku berdosa dgn menzalimi anak ku sendiri atau dgn org lain.. Maka sy berlindung dri kejahatan diriku sendiri dn gantikan dgn ilmu yg bermenafaat agar aku boleh mendapat redha dn kasih sayang Mu Ya Allah.”.. (doa ini paling kerap sy ucapkan sekarang)..

Sy meneruskan perjalanan ke rumah Mak Long tanpa tangisan dn keresahan meninggalkan anak2..

Tibanya di rumah Mak Long anak2nya menyambut kepulangan sy, dijamu makan sehingga sy x merasa bahagia disini..

Ujian tetap datang,  x kan sunyi menyapa manusia.. Begitu juga takdir sy setelah beberapa bulan disini sy merasakan ada 1 perasaan lain yg x enak dari layanan baik Abang B yg masih bujang (tua 4 tahun dri sy)..

Sifatnya peramah dn suka menunggu sy balik kerja siap masakan. Kami bersembang ramai2 meskipun xpernah duduk berduaan.. Sehingga setelah disahkan pd suatu petang oleh seorang sepupu sy yg lain (yg dh berkahwin yg rapat dgn Abg B).

Mengejutkan sy bila kata sepupu sy tu mengatakan.. “Abg B sebenarnya menaruh hati pd sy, dirahsiakan dari org lain kerana semua org tahu sy isteri org… dn kami sepupu.. Kalau kamu bercerai dia nak sgt kawin dgn kamu Ta.. Sebelum kamu kawin dgn laki kamu tu mmg dia nak kamu.. tp sbb sepupu dia x berani cakap dgn Maknya.. Sbb tu dia x kawin sampai sekarang..”…

Sy rasa bersalah dn terus rasa takut utk terus tinggal serumah begini, ia akan menyebabkan fitnah yg lebih buruk.. Sy takut merosakkan hubungan keluarga.. Selepas mengetahui ttg perasaan sebenar Abg B, sy terus mencari rumah sewa lain..

Tp x semudah itu nak cari rumah dlm masa singkat. Sy x menyedari perasaan Abg B kerana sy x pernah bercinta, so sy x tahu apa riak muka lelaki bila jatuh cinta, kecuali lah dia menyatakan isi hatinya..

Sy hanya menyedari sedikit perubahan sejak kebelakangan air mukanya bercahaya sgt gembira setiap kali melihat sy..

Insya Allah di kelapangan waktu bonda menulis lagi, fitnah lebih kejam sy lalui selepas ini.. Sebelum mengakhiri tulisan blog kali ni antara kata2 hikmah sy sebagai bonda mudahan menjadi ingatan dn berhati dlm perlakuan..

 

Sy tetap rindu xkan lupa saat getir membesarkn mereka, saat sy membesarkan anak2 sy ujian kepayahan rezeki, bila mereka dewasa sy lepaskan mereka dgn tangisan yg berbeza..

Maka demikian “Jangan sekali anak2 terputus dri doa ibu2 mereka”.. Ibu umpama shurga yg hidup di depan mata. Ibu yg membawa kita kedunia, malah ibu itu guru yg hebat mengajar dn rela disakiti anaknya.. Ibu sejati pasti mahu memegang anak2 dn familynya  kedalam syurga..”..

  1.  “Janganlah putus harap dalam kehidupan, jangan jemu mengulang-ulangi doa, Makbul cepat atau lambat doa itu bukan atas urusan dari dasar kemahuan kita tetapi atas pilihan Allah…!! Manusia hanya melalui takdir dn yg boleh merubah takdir hanyalah doa..”..

  2. “Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, pasti Allah akan memperbaiki segala urusan hidup dn kematiannya..”

  3. “Menghilangkan sifat jahat mazmumah, dengki iri  membantu kita menuju kejayaan dunia dn akhirat. Disiplin ialah berhati2, menjaga, dan ia juga ibadah, maka teruskan sebagai istiqomah”

 

 

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *