Tidur atas surat khabar dirumah baru.. Dugaan NoorAini : Part 74

Kaki sy bonggol unta (bunion).. setiap kali ada musibah yg akan datang seakan2 dia akan memberikan signal.. Berdenyut sakit sbb kaki sy bonggol unta (bunion).. setiap kali ada musibah yg akan datang seakan2 dia akan memberikan signal.. Berdenyut sakit beberapa kali bergantung kepada  berapa besar masalah yg akan sy lalui, masa dulu sy x tahu itu bunion yg sy tahu tapak kaki mengembang ..

Ia semakin membesar selepas sy bekerja kuat, dn x berkasut semasa mengangkat berat.. Bonjolan itu ada rahmatnya sendiri.. (dalam musibah Allah memberi ilmu dan kesedaran hati. Pesan sy pd pembaca semua,  jgn putus asa dlm ujian dn yakin seyakin2nya Allah x kejam.)

SESUNGGUHNYA MANUSIALAH YG X SEDAR KEBERUNTUNGAN DIRI.. MANUSIA X BERSYUKUR PD PEMBERIAN ALLAH YG SGT BANYAK SEBENARNYA CUMA KITA NI FOKUS KEPADA MUSIBAH YG 1 SBB TU KITA MERASA LEMAH KERANA TAK BERGANTUNG PD ALLAH SEPENUHNYA..

Kaki yg cacat ni sy merasakan ia pembawa tuah meskipun cacat, susah berkasut, x cantik dipandang.. Bila sy berjalan atau meniti dalam keadaan bahaya,  kaki ini akan mencengkam dgn kuat.. (yg x cantik pd pandangan manusia tp disisi Allah ada kecantikannya)

Sy belajar melihat ttg kehidupan yg sy panggil universiti kehidupan yg menajamkan akal.. “Setiap kekurangan manusia, mesti ada kepandaian. Meskipun cacat atau jahat macam mana org tu tetap ada nilai kebaikan”.. begitu jugalah kaki sy yg x cantik ni.. Sy x merasakan ia 1 kejelekan atau atau x selesa ..

 

Nota : (jika banyak belajar tasawuf dn tauhid ia lebih mengindahkan jiwa yg halus menuju ke alam lain, sy sendiri takut sgt bila guru sy mengajar bab ilmu ni, x tercapai dek kesabaran akal dn peribadi sy)..

 

Nikmati apa jua kekurangan dn kelebihan diri dgn mengatakan “Syukur Allah dah beri”.. Ayat ni penenang hati sy.. Dgn kecacatan bonggol unta sy tu amat sy takuti ketika ia berdenyut berulang kali (kalau berdenyut tu mesti akan ada dugaan).. Bagi sy Allah ketika itu ia memberikan signal akan dtg nya musibah, kena siapkan mental.. (Mudahan Allah ampunkan sy dan x tergelincir iman sy berkata begitu)..

Saat itu sy berdoa “Ya Allah lindungi sy dri musibah yg akan dtg, xda tempat sy mengadu.. Sy seorang  ya Allah,  merantau mencari rezeki disini.  SY TAKUT FITNAH DALAM KELUARGA, CUKUPLAH DI FELDA TU YA RABB.. Sy nak hidup macam org lain, sy x minta hidup kaya raya Ya Allah. Sy nak hidup dgn anak2 sy..”..

Meskipun apa yg sy tulis ni kenangan silam, namun semasa menulis ni ternampak nampak dimata dn terasa sy berada di zaman itu.. Sbb tu menulis cerita ttg diri sy amat susah, x macam tulis tips.. Masih sy merasakan bagaimana sakit dn takutnya melalui dugaan fitnah.

“Sy x suka glamer dn terkenal.. Kelebihan atau kekurangan diri ia tetap ada ujian, ujian itu dari Allah dn bermula dri kita juga bagaimana merasai dn melalui ujian tu..”

Hanya Allah kita bergantung dn ketahanan mental boleh memboloskan kita keluar dri belenggu kehidupan.. Sy akui sy x tahan fitnah, sy benci life penuh fitnah dn sedaya upaya elakkan..

Kita baik pun org benci, kita buruk lagi dikeji.. Sbb tu dalam “universiti pengalaman kehidupan ini”.. Jika ditanya sy ialah apa paling nikmat selain iman dn sihat adakah kekayaan…??

Sy katakan “..Nilai privacy dn aman “.. Ialah nikmat yg x boleh dibeli oleh wang dn lebih mahal harganya dri perasaan hidup dalam lautan kekayaan.. Kita sebenarnya yg membuka ruang keruh kehidupan.. Kalau x caye cher renungkan. .

Demikian intro sy buat pembaca dalam keresahan ujian kehidupan, kebanyakan yg membaca kisah Dugaan Noor Aini ialah wanita yg sama macam sy..

 

Alkisahnya ..

Zaman dulu menjadi janda x semudah zaman sekarang, sy dapati zaman sekarang masyarakat lebih memahami dn x prejudis pd kaum wanita yg menjanda..

Abang B, manusia yg sangat baik dn membujang sehingga ke akhir hayatnya.. Bagi sy dia merupakan kawan dn sepupu yg sgt baik. Sifatnya yg periang dn rajin bekerja meski drebar lori. Ia sangat menyenangkan siapa saja yg berkawan dgn nya..

Dia memberikan sy semangat dan matlamat bekerja, sama seperti kakaknya.. Bagi sy semua anak2 Mak Long semua baik2 belaka..

Sy berusaha mencari rumah lain sy berusaha setiap hari sambil bertanya2  jiran keliling kalau ada rumah sewa. Yang ada rumah setinggan utk dijual harganya RM6k. Kata jiran tu “kalau beli rumah setinggan ni ada potensi utk dapat rumah peralihan dri kerajaan..” Teruja betul sy akan datang sy akan dapat rumah teres atau flat..

Pelan2 berkais nak berumah macam org lain, umur 40 sy mesti ada rumah flat.. X kira apa cara sy mesti kerja kuat utk dapat rumah sy berteduh.. Bukan menumpang begini anak2 merempat..

Hati separuh rungsing mampu ke nak beli dn nak bawa anak2.. Hati menjawab bagi semangat bahawa rezeki anak2 ada jer Allah bagi yg penting sy sihat rajin kerja insya Allah ada je makan dn duit utk anak belajar..

 

Dalam hidup berkeluarga ni kita menumpang rezeki dn tuah dalam sebuah keluarga tu, tuah anak.. tuah laki.. tuah bini.. Ada jer rezekinya.. Org zaman dulu guna tenaga tebang hutan bagi makan anak2..

Sy ni kira bagus sangat lah Allah bagi sy kerja kilang.. Sy pun berusaha juga cari makan keluarga, suasana yg x panas x berat, cuma x kan hidup lebih selesa macam org berpelajaran lah. KENA GUNA KUDRAT DN AKAL LEBIH UTK KEHIDUPAN YG LEBIH BAIK..

Separuhnya hati lagi berkata2 sy mampu beli dn sy boleh berkumpul dgn anak2.. Kalau sewa rumah pun RM300, beli lebih berbaloi sbb x bayar sewa selama 20 bulan.. dah lepas.. Kalau duduk lama sy boleh simpan duit ni, yg penting berjimat dn kerah badan selagi kuat kalau sy nak lebih berharta..

Hidup kena berkira2, begitulah sy menghitung mas dn tenaga.. Seronoknya hati ni meskipun berbelah bahagi rasa kurang yakin.. Sy merancang nak balik ke Felda utk berbincang dgn ex suami utk membeli rumah setinggan tu. Sy nak suruh ex suami dapatkan duit baki jual kedai di Felda tu..

 

Sudah hampir setahun sy bekerja di Sg Way pastinya cita2 berkumpul dgn anak2 adalah niat utama sy.. Sape je ibu sanggup pisah anaknya lama2..!!

Sebaik mana pun seorang bapa menjaga anak2 x kan sama ibu menjaga anaknya.. (ni kan pulak ex suami sy mmg sy x boleh harapkan)..

Sy ada duit ditangan tp x banyak, cukup sebagai deposit beli rumah setinggan.. Sy cakap pd jiran tu sy nak jumpa owner rumah tu nak bincang. Kalau sy lambat bertindak takut terlepas ke org lain..

Hari dijanjikan kami berjumpa,  permintaan sy pd owner, sy nak duduk rumah ni dulu dn baki sy akan bayar dalam masa sebulan. Owner bersetuju dn sy sudah memandai2 sendiri x berbincang dgn ex suami.

Sebenarnya berbincang atau x dgn ex suami tu x mendatangkan apa2 pun faedahnya pd sy atau dia. Dia x tahu arah hidup semua pakai ikut apa sy buat. Hidup berkeluarga sebenarnya utk berjaya semuanya hendaklah di gerakan bersama dn saling menyokong..

 

Nota : “buat pembaca yg sy kasihi terutama pd anak2 atau Siapa saja yg berwawasan dalam kehidupan pesan sy kalau nak berjaya dalam hidup..!!”

 

Selain ketegasan dn disiplin utk berjaya ialah “bijak membuat keputusan dn fokus kpd jalan yg jd pilihan”.. Org yg x tahu membuat keputusan dn x yakin apa dia buat sampai mati pun x kan berjaya, selalu gagal hidupnya x kan kepuasan sbb TAK RETI DGN KEPUTUSAN, org macam ni x tetap pendirian,  macam lalang, bagi sy dgn bahasa kasar sy kira ayat ni “bodoh”..

Maka sy berkeras kejam dgn diri sy sendiri dalam memperhitungkan apa tindakan sy “sy x nak rugi niaga… sy x nak rugi kehidupan… lebih sy x nak rugi saat kematian sy”..

Utk menegaskan lagi slogan dalam diari hidup sy ni ayat yg sy biasa gunakan dalam hati sy je pun ialah “Sy bodoh x berpelajaran tp sy nak bijaksana dlm kehidupan”..

Selepas sy membayar deposit pembelian rumah setinggan tu, sy minta owner membuat urusan surat menyurat sebagai pengesahan pembelian. Sy balik kerumah Mak Long dn menyatakan apa kejadian berlaku tadi..

 

Sy beritahu Mak Long sy nak pindah esok pagi ke rumah yg sy beli x jauh dri rumahnya pun.. Rumah tu kat belakang rumahnya dan malam tu sy bekerja kena shif malam.. Petang tu Abang B balik dn macam biasa dia bersuara nyaring memanggil sy makan, sy nyatakan sy last hari ni tinggal di sini esok sy pindah..

Muram terus air mukanya, cepat2 dia mengalihkan topik utk cover perasaannya, itu yg paling jelas sy lihat.. Cuma 1 soalannya hujung perbualan kami “Ko duduk rumah tu seorang xda bantal dn semua alat rumah selesa ke Ta”..

Sy bahagia sbb ada gak org concern sepanjang menjadi ibu gelandangan ni.. “Alah Bang sy tidur atas simen lapik kertas surat khabar pun ok bang.. Nak sedap sedap  hidup sy x da duitnya.. Nak bina keluarga susah Bang, kena kuat dan tahan lah namanya org miskin,  mengalah tiada, bisa akan jadi ada.. ha ha ha ha ha.. Bukan pepatah Melayu ALAH BISA TEGAL TIADA bang.. pepatah tadi tu Rozita punya jer ada”..

Sy usik Abang B.. Last ayatnya “Kamu ni bagus sgt Ta.. Jangan sia2kan kepandaian kamu jika org lain x hargai ko, maka bodoh org tu”..

Hati ni berdetik bahagia sy dapat lari dri masalah tinggal serumah dgn family, namun sy hargai budi baik family Mak Long.. Jika dia x membenarkan sy tinggal di sana sy x kan lama di di KL.. Besar tu jasanya pd sy..

 

1 pengalaman paling menyedihkan sy ketika dirumah Mak Long, x kan lupa… he he meskipun malu sy nak tulis di blog ni, tp sy fikirkan elok sy tulis supaya pembaca lebih mensyukuri takdir hidup yg Allah dh tetapkan pd kalian semua, kerana sy ni lebih dahsyat ujiannya (itu sy rasa waktu itu)..

Dalam berjimat duit dn berazam nak ubah kehidupan, semua baju dalam sy koyak dn putus talinya.. sy x nak beli sbb jimat punya pasal.. Masa basuh bra sy sorok2 supaya xda org tau bagaimana bentuknya..

Satu hari hujan baju dalam sy x kering, sy x da baju dalam sy terpaksa “pakai baju dalam bra Mak Long sy yg berusia 60an ketika itu.. Sy x minta izin.. (berdosa pakai hak org walau x curi).. Sy masa pakai tu ketawa, sedih, malu berkocak dalam jiwa..

 

“Wahai anak2 ku”..

Kalau jahat mulut sy sebagai ibu niatnya hanya mendidik anak utk perjalanan kehidupan anak2. Ia hanyalah “ketegasan”.. Sy sgt sayang pd anaknya.. Anak2 x tahan, x suka apa Mak cakap.. Kamu semua x sesak hidup dn sesedih apa sy lalui kehidupan..

Sy sendiri belajar hidup tanpa sokongan moral, kewangan dn x sesiapa pun ada sebelah sy masa sy nak bawa kamu semua utk 1 perubahan hidup.. (cerita sy bukan meraih simpati menambah perisa utk 1 cerita tp tauladan pd anak keturunan sy supaya tau nilai murni utk berjalan dlm hidup)

Kalian cuma dimarahi atas kesalahan akhlak dn mak minta berubah.. Apa pun pengalaman dn kecekalan jiwa yg sy cuba serapkan pd anak2  “Teori dn praktikal”.. x sama dalam kehidupan serba senang kita ada hari ni.. Susah nak apply kpd bentuk praktikal..

Membentuk jiwa kental dn cemerlang. Jadi org kaya atau berjaya yg mencapai ciri2 Islam x mudah, sbb dunia depan mata lebih khayal dn menyeronokkan.. (Dugaan buat sy bab mendidik anak2)..

 

Esoknya balik kerja sy terus mengemaskan barang2 sy.. Hanya baju saja yg ada, sy minta kertas surat khabar dan kain buruk atau perca kain yg buat lap lori (zaman dulu ada kain2 t-shirt yg dibuat utk lap siap berjahit) dari Mak Long..

Sy ulang alik 2 kali jer dri  rumah Mak Long ke rumah sy beli tu, sy minta halalkan semua makan minum dn selesaikan sewa rumah dn sebagainya sebagai akad dn keredhaan Mak Long sebagai Tuan Rumah..

Sy masuk ke dalam rumah setinggan dn mengunci pintu dn terus ke bilik mandi, buka paip syukurlah ada kolah kecil dn air masih berfungsi.. Sy susun surat khabar utk tidur.. Nanti malam sy nak kerja sy kena tidur siang ni..

Selesai mandi, sy baring di kertas surat khabar dn lapik kain buruk sebagai cadar.. (anak2 sy x merasa semua sy lalui ni, kesenangan mereka hari ni adalah dri kesakitan sy).. Sy merenung atas atap sbb x bersiling Bocor sana sini… Hujan masalah besar rumah ni..

Sy tertidur kepenatan… sy akan sambung lagi nanti kalau rajin di kelapangan waktu.. Insya Allah.. Kisah tangisan sewaktu muda tangan ni membawa anak2 kpd kesenangan dunia.. “Akhirat nya sy ni mana anak2 akan tuju..??..Sy takut ya Rabb..”

 

Kata2 hikmah sy buat pembaca dn anda yg mahu santapan jiwa..

1: Tak semua orang akan memperlakukan kita dgn baik, jika kamu menemukan org itu jangan lepaskan dia! Mereka itu manusia yg akan buat kamu bahagia.

2: ADA 2 ORG YG PERLU KITA DENGAR DGN PERHATIAN.. KATA KAWAN DN KATA MUSUH..

  • KAWAN YG BAIK DIA AKAN MENEGUR KESALAHAN, Jika ia kawan yg buruk ia penuh dgn kata2 pujian sanjungan.. itu x membawa erti kerana hanya kata-kata yg melalaikan belaka.
  • MUSUH, kita takut dn benci tetapi sy memilih kata2 musuh kerana sebenarnya kata2 musuh tu ada banyak kebenaran yg boleh diperbaiki..

3: Ketika seseorang yg sangat kita percayai mendustaimu, masa itu Allah mengajar kamu bahawa kamu sedang belajar untuk lebih percaya pada diri kamu sendiri..

 

Comments

  1. Dewicinta says

    Terbaik nasihat dn panduan kehidupan jarang2 diperdengarkan..semoga mendapat iktibar dan bersyukur…

  2. salmah Abdullah says

    Selain ketegasan dn disiplin utk berjaya ialah “bijak membuat keputusan dn fokus kpd jalan yg jd pilihan”.. Org yg x tahu membuat keputusan dn x yakin apa dia buat sampai mati pun x kan berjaya, selalu gagal hidupnya x kan kepuasan sbb TAK RETI DGN KEPUTUSAN, org macam ni x tetap pendirian, macam lalang, bagi sy dgn bahasa kasar sy kira ayat ni “bodoh”……AYAT POWER

    TERIMA KASIH BONDA ROZITA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *