Tips Mengandung dan Melahirkan.

Tulisan bonda kali ni ttg Maryam Nur Amani Part 1.. Pengalaman mengandung dilewat usia & rahsia supaya mudah bersalin..

Sebelum sy meneruskan cerita sy ttg Amani elok rasanya sy berkongsi sedikit tips cara mengandung yg terbaik dan melahirkan berdasarkan pengalaman sy sendiri dn merujuk kepada pengalaman kenalan sy para ulama..

Arwah ayah sy bercerita dgn sy “Abah cemburu betul dgn Uztz Jalil dn isterinya, anak2nya hebat2 semua jadi doktor hafal Quran belajar kat mesir semuanya.. Abah x merasa dapat anak macam tu..” (Uztaz ni guru sy dan merupakan kawan sekolah arwah abah sy)..

Sy mendengar Abah menceritakan pd sy dengan sgt beremosi. Elok sekali jika sy sampaikan pd anak cucu sy supaya mereka meniru menjadi suami dan isteri yg soleh solehah supaya mendapat generasi yg baik2. Lembut hatinya supaya mudah dilentur supaya memilih cara hidup bersyariat “Indah dan tenang sgt sebenarnya, tp org x nak ikut nafsu tu nampak dunia melebihi segalanya”..

Sy minta abah meneruskan sembangnya “Abah tanya macam mana anak2 kamu semua berjaya Jalil.. Kata Uztaz tu pada Abah masa awal isteri sy mengandung sy banyakan berdoa supaya anak tu menjadi insan terbaik, solat taubat minta Allah ampunkan dosa sy & isteri, sujud shukur, sy berpuasa. Selalunya kalau isteri mengandung isteri kita yg kena ibadah lebih sbb dia ibu tp sy percaya sebagai bapa pd anak tu dan benih tu dari sy.. Maka sy kena juga gandakan usaha berdoa utk anak ini.. Kan Amanah Allah.. Bukan perkara kecik ni..”..

Abah nampak kesal kerana dia x melakukan perkara macam mana Uztaz Jalil rakan sekolahnya telah lakukan, kata Abah lagi Uztaz Jalil menceritakan semua anak2nya sangat mudah menerima ilmu dgn cepat, mendidik dn membesarkan mereka sangat membahagiakan..

Bagi sy pengalaman membina anak2 dn perkahwinan ada banyak kesimpulan yg sy dapat, sy x berkesempatan nak buat tp perkongsian sy adalah ilmu yg mungkin boleh dimenafaatkan oleh semua para ibu bapa lain.. Kalau sy x kongsikan sy merasa rugi sangat sbb tu sy rakamkan dalam blog sy ni.

 

Kedudukan Rahim

Ada org Rahim rendah dan Rahim tinggi..Sy ni jenis Rahim tinggi, susah bersalin..!! Orang yg Rahim rendah senang bersalin tp mudah keluar peranakan / prolapse..

Pengalaman sy sebagai org yg berahim tinggi kalau nak masukan IUCD kena doktor betul2 pandai, kalau doktor x pandai buat IUCD ia akan dipasang rendah kerana sangkanya kita sama dgn wanita lain. Perkara ni berlaku pd sy akibatnya sakit masa berjalan dan kena buat semula.

IUCD tetap ada kelemahan, 1 % peluang utk hamil tetap ada. Zaman dulu IUCD hanya 3 tahun kena ganti dn zaman sekarang IUCD brand MARINA ia ada hormon dan kalau pakai ni akan wanita x keluar haid. Sy xsuka jenis terbaru Marina, pakainya 5 tahun.

IUCD biasa yg sy pakai selama ni. Bagi sy haid keluar bagus badan rasa ringan. Pakai IUCD haid keluar jadi lama sampai 14 ke 15 hari. Jika normal sy x pasang dalam 7 ke 8 hari saja..

 

TENTANG KESUBURAN

Kesuburan wanita pd pengalaman sy sendiri diawal usia 18 hingga 27 tahun utk mengandung. Bagi anak dara yg berkahwin lambat diatas dari umur 30an % dan peluang nak dapatkan anak sangat nipis. Seeloknya kalau nak kawin biar dalam lingkungan umur tahap subur 18 ke 27tahun.

Kisah diri sy pula sangat subur, kalau x cukup benteng 12 anak sy agknya. Selalu sy senyum2 sendiri “macam mana sy boleh mengandung sampai 8 kali” (termasuk meninggal dn gugur)..

Pengalaman sy mendapati wanita zaman sekarang x subur dibandingkan zaman dulu. Susah nak dapat anak org zaman sekarang..!! Lagi 1, sy dapati bangsa cina paling banyak x subur sbb tu IVF sangat laku dek bangsa cina.. Kenapa ini berlaku, sbb cara hidup  stress dan pemakanan sbb tu x subur..

Bab nak anak ramai ni sy akui pendapat Yati & suaminya x nak anak banyak. “Makin berusia x larat nak menjaga mendidiknya, makin tua nak aman. Anak banyak ragam dn buat usia tua semakin stress.. Pendidikan mahal.. Kalau tua nanti mesti anak tinggalkan kita walaupun anak 10 org.. So biar sikit anak tp berkualiti”..

Sy x jangka mengandung lagi usia lewat 40an, pd sy cukuplah dapat Nur Ain Sufiah sebagai bongsu sy, sy ingat dgn usia begini dah x da benih dan sy pun x pakai IUCD. Lepas keluarkan  IUCD x sampai sebulan sy lewat dtg haid dan disahkan mengandung.

X terkata malunya pda anak dan menantu (cucu sy masih kecik2 lagi).. Nenek mengandung lagi. Stress juga pada awal hamil tu dan bila fikir semua atas kehendak Allah..!! Sy takut anak cacat sbb lewat sgt dah umur ni.

Perbualan kami dgn doktor pakar Damansara Specialist

Sy : Doktor sy takut mengandung dgn usia sy sekarang, sy x risau kesihatan sy tp bayi ni sy takut lahir cacat.

Dr : Kami disini menyelamatkannya, bukan membunuh.. (Tegas doktor tu bercakap myb dia ingat sy nak mengugurkan kandungan, nama Dr tu Maziah / dia nampak kuat pegangan ugamanya).

Suami : Kalau cacat sekali pun dia tetap anak kita sbb Allah yg pilih begitu kenapa nak takut.. Kita jaga je lah.. (suami mencelah)..

Sy : Sy malu Dr dgn anak cucu sy dan sy x sedia mood dan sy x sekuat zaman muda dulu, mabuk dh lah teruk..

Dr : Banyak org berusia mengandung selamat dan anak sihat asalkan menjaga pemakanan dn jangan stress..

Amani semasa dalam kandungan..

Amani semasa dalam kandungan..

Seterusnya sampai sy sarat mengandung dn melahirkan dgn Dr Maziah.. Mabuk dn lemahnya badan rasa macam nyawa nak terbang. Azabnya 9 bulan mabuk..!!.. x boleh tengok matahari, sentiasa muntah, alahan pd bau, berjalan je sy boleh dengar semua skru sendi kat badan ni semua berbunyi.. ha ha ha..

Makan x banyak pun tapi gemuk sangat, sy makan suplemen bentuk vitamin sangat banyak nak cover kekurangan zat maklumlah dah tua.. Antaranya sy makan Asid Folic, multi vitamin, lecithin E, Vitamin B, kalsium, Vitamin C.. Sy x minum kacang soya sbb takut anak alergi kulit dn sensitive (kulit anak cantik tpi x tahan kulitnya nanti berbekas walaupun kena gigit nyamuk)..

Masa mengandung tu sy jumpa banyak pasangan lewat usia 40 tahun dan paling tua sy jumpa 46 tahun.. Cina kebanyakannya dn mereka ni buat anak tabung uji dan sengaja supaya dapat kembar..

Dulu masa miskin sy x sempat nak rakamkan gambar2 kenangan kelahiran mereka.. Amani sy buat mudahan 1 hari dia menghargai ttg kehidupan dan kenangan gambar2 dia lahir ke dunia ni..

Amani selepas dilahirkan..

Amani selepas dilahirkan..

Semasa mengandungkan anak ni, sy lebih mendalami Al Quran dan kebetulan mak angkat sy mmg fasih bab Al-Quran, dari awal mengandung sy mulakan belajar membetulkan bacaan sy. Surah Maryam pilihan sy masa belajar tu, sengaja sy pilih sbb biar susah dulu yg senang kemudian.

Sy sukakan surah tu kerana sebutan yg berbelit2 indah jika kena dgn taranum dan makhrajnya yg betul senang didengar dn tenang selepas sy membaca surah tu..!! Lega sikit rasa mabuk masa mengaji tu.

Selain itu surah Maryam pilihan sy kerana sy pernah membaca ttg Maryam seorang perempuan solehah yg cerdik dan sgt cantik rupa parasnya.

Sy ada mendengar surah Maryam sangat elok wanita hamil membacanya dan selain tu membaca surah Yasin dan Lukman. Dikatakan kalau baca surah ni senang bersalin, anak cantik dan bijak.. Hati sy x putus berdoa supaya anak ni sihat dan sempurna..

Amani banyak masalah kesihatan..

Amani banyak masalah kesihatan..

Sy kalau mengandung x pernah lebih 38 minggu sy akan minta doktor buat kelahiran awal asalkan bayi selamat.. kandungan sy masuk 37 minggu sy dah sakit melahirkan.. tapi Doktor tahan kerana paru2 bayi x kuat..

Bersambung Maryam Nur Amani part 2

Tips2 mengandung Next story sy cerita pengalaman sy lahirkan kenapa putih melepak.. dan ada hitam legam sampai ke besar..

Comments

    • says

      Pn Lina, rahim tinggi susah bersalin dn kemas kemaluannya lepas bersalin..bila duduk mencangkung x terasa benda tersembul ..masukkan iucd kena doktor betul pandai, kalau salah letak akan sengal sbb rahimnya masih tinggi..

      Rahim rendah pula sebaliknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *